Malaysian Attention Engine
Live wire
51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS50Pegawai kerajaan maut ditikam suami45General : KPN Studying Mediation Act Amendments43General : Haze: No Childcare Centres Ordered To Close, Outdoor Activities Halted - Nancy40Nik Nazmi akui ditahan JAIS, nafi perbuatan sumbang, mohon maaf4012 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat39Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB37Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang36Cemar ruang solat masjid dengan cecair busuk: Lelaki direman 4 hari bantu siasatan35'Kita ada banyak kerja lain daripada nak atur khalwat' - Amirudin35Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda
NewConfirmedupdated 26 min ago

Redza Rosli sedia berlakon filem, mahu lari watak klise

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 14:12 MYTLatest activity 17 Oct, 14:54BMconfidence 80%

What happened

Redza Rosli sedia berlakon filem, mahu lari watak klise (Harian Metro, 14:12)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Redza Rosli sedia berlakon filem, mahu lari watak klise

By Ridzuan Abdul Rahman · 17 Oct, 14:12 MYT

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Shah Alam: Pelakon popular, Redza Rosli sentiasa bersedia untuk berkongsi perkembangan karier seninya kerana memiliki impian untuk bergelar pelakon filem.

Redza, 34, berkata dia tiada masalah untuk memberi kerjasama kepada pihak media, tetapi enggan berbicara soal peribadi sekali gus memohon ruang privasi dirinya dihormati.

"Itu (impian berlakon filem) 'goal' (matlamat) saya semestinya. Saya masih lagi tak, orang kata tak berpeluang (berlakon filem), atau ada peluang itu tetapi mungkin disebabkan jadual padat.

"Jadi saya mengharapkan suatu hari nanti dengan rezeki Allah, Allah kata ada rezeki untuk tembus ke layar filem, insya-Allah. Saya akan buat yang terbaik," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran telefilem Gerimis Rindu, di sini, semalam.

Menurutnya, dia sentiasa mencuba dan pada masa sama mengharapkan penerbit memberi dan membuka ruang untuknya.

"Mungkin panggil saya untuk sesi uji bakat filem atau sebagainya. Teringin juga, saya tengok kawan-kawan semua ada filem semuakan?

"Insya-Allah, Allah cakap kalau dah tiba waktunya, akan ada juga. Saya percaya," katanya.

Redza yang sinonim dengan watak suami curang berkata, dia mahu lari daripada watak-watak negatif sedemikian apabila diberi peluang berlakon dalam filem.

"Semestinya (watak) aksi itu antara kemahuan saya. Sebab saya sendiri pun dah buktikan pada drama cinta, drama konflik dan sebagainya. Jadi bila dah ke filem kena ada kelainan.

"Semestinya orang pun nak tengok benda yang lain daripada kita kan? Takkan kita nak buat benda yang sama juga," katanya.

Ditanya berkenaan drama-drama genre cinta sehingga ada yang mengelarnya sebagai Abang Cinta, Redza mengakui mahu mengelak tanggapan terbabit.

"Kalau orang panggil saya Abang Cinta, mana ada saya Abang Cinta? Cinta saya satu saja, isteri saya saja. Kalau kata, sebab drama sama saja kan, cinta pencinta, suami, semua macam itulah.

"Tapi, saya tak boleh nak tolak juga kadang-kadang, sebab kita tahu penonton-penonton pun, itu apa yang mereka suka. Macam cerita-cerita konflik cinta, kecurangan-kecurangan ini apa semua.

"Tapi nauzubillah, minta dijauhkan daripada benda ini. Cuma cerita cinta ini kan banyak orang tengok. Bila orang kata tak nak tengok, orang tetap nak tengok juga sebab watak dia buat orang geram atau apa saja. Itu namanya drama," katanya.

Di sebalik itu katanya, ada pelbagai nilai moral yang penonton boleh contohi dan perlu menjadikannya tauladan.

Sementara itu, telefilem Gerimis Rindu arahan Wan Cromox turut menampilkan Eyka Farhana, Datuk Seri Eizlan Yusof, Zaryn Min dan Shazia Rozaimi.

Ia akan disiarkan menerusi slot Istimewa Ramadan TV3 pada tahun depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWnow15:00
Latest 15:04 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 14:12 MYT
Origin confidence 90% · 42 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    14:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Redza Rosli sasar filem, idam watak aksi
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.