
Rehat tiga minggu suntik keyakinan KL City
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Rehat tiga minggu suntik keyakinan KL City (Harian Metro, 13:53)
Read the reporting
1 report
Rehat tiga minggu suntik keyakinan KL City
firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tempoh rehat selama tiga minggu dimanfaatkan sepenuhnya Kuala Lumpur (KL) City FC untuk memperbaiki kelemahan pasukan menjelang aksi suku akhir kedua Piala FA menentang Brunei DPMM FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Ahad ini.
Pengendali KL City, Datuk Dollah Salleh berkata, tempoh berkenaan memberi ruang kepada pemain untuk meningkatkan prestasi, selain memperbaiki kekurangan individu bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan penting itu.
Menurutnya, perkembangan positif yang ditunjukkan pemain sepanjang sesi latihan turut meningkatkan keyakinannya untuk memburu kemenangan dan memastikan KL City melangkah ke separuh akhir.
"Sasaran kita memang nak menang juga sebab kita sudah mempunyai rehat yang cukup, berlatih setiap hari dan Alhamdulillah, saya nampak perkembangan positif pemain-pemain.
"Saya harap apa yang mereka pamerkan dalam latihan selama ini dapat diterjemahkan dalam aksi sebenar mengikut perancangan yang sudah kita buat," katanya.
Dollah berkata, peningkatan prestasi pemain turut menyaksikan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama semakin sengit, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepadanya untuk menentukan barisan terbaik.
"Dengan prestasi pemain-pemain saya yang semakin baik, saya rasa ini kali pertama saya berdepan kesukaran untuk memilih kesebelasan utama kerana semua pemain sedang bersaing merebut tempat," katanya.
KL City dan Brunei DPMM terikat 3-3 secara agregat selepas aksi pertama di Brunei sebelum ini, sekali gus menjadikan pertembungan di Cheras sebagai penentu kepada peluang kedua-dua pasukan untuk mara ke separuh akhir.
Justeru, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad kendalian Dollah bagi memastikan mereka tidak mensia-siakan peluang untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA musim ini.
Dengan persiapan rapi sepanjang tempoh rehat, KL City kini perlu menterjemahkan segala peningkatan di padang latihan kepada prestasi sebenar apabila berdepan cabaran Brunei DPMM yang turut mengintai peluang untuk melangkah ke kelompok empat terbaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:53
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.