
Representasi ditolak, bicara kes Arun bermula Februari
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Activist Arun Dorasamy was charged under Section 505(b) of the Penal Code, which carries a maximum penalty of up to two years’ imprisonment, a fine or both, upon conviction. NIBONG TEBAL: The Attorney-General’s Chambers (AGC) has rejected representations submitted by activist Arun Dorasamy, whose trial for making a statement intended to cause public alarm will proceed. (Free Malaysia Today, 12:50)
Read the reporting
2 reports
Representasi ditolak, bicara kes Arun bermula Februari
Aktivis Arun Dorasamy didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. NIBONG TEBAL: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan aktivis Arun Dorasamy berhubung pertuduhan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kegentaran awam menerusi media sosial, tahun lepas.
Timbalan Pendakwa Raya, Airina Syazreen Zainurin memaklumkan perkara itu kepada Majistret Balqis Roslin pada prosiding di Mahkamah Majistret Jawi hari ini.
Susulan itu, mahkamah menetapkan perbicaraan bermula pada 1 Feb 2027 dengan pihak pendakwaan memaklumkan akan memanggil tujuh saksi untuk memberikan keterangan.
Arun atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy diwakili peguam T Gunaseelan.
Pada 17 Mac, Arumugam, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat hantaran di akaun Instagram miliknya yang dilihat dan didengar seorang individu yang boleh mendorong mana-mana orang melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli-belah di Batu Kawan di Seberang Perai Selatan pada 3.45 petang, 12 Mac 2025.
Hantaran itu didakwa mengajak Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia mengadakan protes jalanan sekiranya tiada tindakan diambil terhadap pendakwah bebas Zamri Vinoth berhubung isu video kontroversi membabitkan tiga penyampai radio tempatan yang didakwa mempersendakan satu perayaan agama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today12:50
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.