Malaysian Attention Engine
Live wire
55RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202752Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi50King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period46Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri45“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan45General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry442 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00043Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am40Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat
NewConfirmedupdated 2 h ago

Resolve MyKhas allocation issue, hold dialogues, PKR told after exodus

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 9 Oct, 09:30 MYTLatest activity 9 Oct, 12:42ENMixedBMconfidence 91%

What happened

Resolve MyKhas allocation issue, hold dialogues, PKR told after exodus (Free Malaysia Today, 09:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·3 min read

Selesai dana MyKhas, berdialog, PKR diberitahu

By Dineskumar Ragu · 9 Oct, 09:30 MYT

Bekas Ahli Parlimen Wong Chen dan Lee Chean Chung keluar PKR baru-baru ini selepas akses kepada sistem peruntukan kawasan e-Khas dibatalkan, namun Rodziah Ismail (Ampang) kekal bersama parti. PETALING JAYA: PKR perlu menyelesaikan pertikaian peruntukan Parlimen termasuk mengadakan dialog bermakna bersama wakil rakyat serta pemimpin akar umbinya susulan tindakan empat Ahli Parlimen keluar parti tahun ini, kata penganalisis.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Wong Chen (Subang) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya) bertindak meletakkan jawatan serta meninggalkan parti sebagai membantah akses kepada sistem peruntukan kawasan MyKhas dibatalkan.

Keduanya merupakan pengkritik lantang terhadap hala tuju PKR dan sering dikaitkan dengan bekas timbalan presiden parti, Rafizi Ramli, yang turut keluar parti pada Mei, yang kini memimpin Bersama di samping bekas naib presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Penganalisis politik Universiti Malaya, Tawfik Yaakub, berkata pertikaian mengenai akses sistem peruntukan kawasan MyKhas turut menyebabkan ketegangan dengan seorang lagi Ahli Parlimen PKR yang didakwa sekutu Rafizi, iaitu wakil rakyat Ampang Rodziah Ismail.

Tawfik Yaakub. “Peruntukan Parlimen sepatutnya disalurkan berdasarkan prosedur jelas dan demi kepentingan penduduk kawasan, bukannya dilihat alat menghukum atau menekan wakil rakyat,” katanya kepada FMT.

“Ini penting kerana tindakan wakil rakyat dan ahli akar umbi keluar parti mampu melemahkan jentera, serta mewujudkan tanggapan PKR sukar menguruskan perbezaan pandangan dalaman.

“Lebih penting, penduduk kawasan tidak sepatutnya menanggung akibat perselisihan faham dalam kalangan pemimpin.”

Penganalisis Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Lau Zhe Wei yang senada dengan Tawfik, berkata tindakan PKR menyekat akses itu bercanggah pendirian parti itu sebelum ini yang memperjuangkan peruntukan saksama.

Beliau berkata, akses MyKhas Rodziah sepatutnya dipulihkan pada kadar segera memandangkan beliau masih kekal bersama PKR.

“Ini mungkin tidak memberi banyak manfaat kepada parti. Anda tidak akan meraih undi secara automatik hanya dengan memulihkan peruntukan tersebut, namun sekurang-kurangnya anda dapat mempertahankan prinsip dipegang,” katanya kepada FMT.

“Anda boleh menunjukkan bahawa anda berpegang teguh pada prinsip bahawa dana awam sepatutnya disalurkan kepada wakil rakyat, tanpa mengira kecenderungan politik.”

Dialog bermakna, pelan damai

Tawfik turut menyeru PKR mengadakan dialog bermakna antara pimpinan pusat, wakil rakyat, dan pemimpin akar umbi.

Beliau berkata, isu tatatertib sepatutnya dikendalikan menerusi proses telus bagi memberi peluang saksama kepada semua pihak untuk menjelaskan pendirian mereka.

“Perbezaan pendapat mengenai dasar kerajaan tidak patut secara automatik dianggap menentang parti,” katanya.

Bagi mengelak ketegangan memburuk lalu mencetuskan gelombang keluar parti seterusnya, Tawfik mencadangkan PKR menawarkan 'pelan damai' atau memberi pelepasan hukuman kepada wakil rakyat dan pemimpin akar umbi yang dikatakan bersekutu bersama Rafizi.

Beliau berkata, tawaran tersebut tidak sepatutnya sekadar simbolik semata-mata, sebaliknya perlu menangani punca utama ketegangan dalaman PKR.

Tawfik berkata, dalam kes Rodziah, kepimpinan PKR dan kerajaan sepatutnya memberikan penerangan jelas berhubung tindakan menyekat aksesnya kepada sistem peruntukan berkenaan, serta memastikan aktiviti berkaitan kawasan pilihan raya tidak terganggu.

“Sekiranya sekatan itu dilihat sebagai hukuman atas perbezaan politik, ia berisiko meningkatkan rasa disisihkan dan mendorong lebih ramai pemimpin berundur.

“Perdamaian hanya akan berkesan sekiranya disertai jaminan wakil rakyat boleh menjalankan tugas mereka, menyuarakan pandangan, dan berkhidmat kepada penduduk kawasan secara adil.”

Azmi Hassan. Penganalisis Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berpandangan ketegangan dalaman PKR berpunca ketidakpuasan hati Ahli Parlimen terhadap kepimpinan parti — faktor yang telah pun menyebabkan beberapa wakilnya meletakkan jawatan sebelum tamat penggal.

“Tiada strategi mengganti kepimpinan. Saya fikir perkara ini perlu diperbaiki kepimpinan sedia ada,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, beberapa lagi Ahli Parlimen yang bersekutu dengan Rafizi masih kekal bersama parti, namun mungkin akan keluar PKR apabila Parlimen dibubarkan.

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • Spread across News, YouTube
  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, mixed-language, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:0013:0014:00
Latest 14:06 MYT
30New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources3Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  4. Spread
    YouTube discussion begins (Free Malaysia Today (YouTube)) source
  5. Language
    First mixed-language coverage (Free Malaysia Today (YouTube)) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
9 Oct, 09:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    09:30
  2. Step 2
    YouTube (mainstream)
    Free Malaysia Today (YouTube)
    11:47 · +137 min

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Free Malaysia Today, Free Malaysia Today (YouTube)

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Selesai dana MyKhas, berdialog, PKR diberitahu
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM
Resolve MyKhas allocation issue, hold dialogues, PKR told after exodus
freemalaysiatoday.comNewsmainstreamENnear-duplicate
Selesai dana MyKhas, berdialog, PKR diberitahu
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate
Resolve MyKhas allocation issue, hold dialogues, PKR told after exodus
Free Malaysia Today (YouTube)YouTubemainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.