
RISDA lakar kejayaan, rangkul tiga anugerah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RISDA lakar kejayaan, rangkul tiga anugerah (Sinar Harian, 22:59)
Read the reporting
1 report
RISDA lakar kejayaan, rangkul tiga anugerah
SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) meraih tiga pengiktirafan menerusi Anugerah Arkib Perdana Ketua Setiausaha Negara bagi Audit Pengurusan Rekod Sektor Awam Tahun 2026.
RISDA dalam kenyataannya berkata, pencapaian itu selari dengan usaha agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah itu dalam memperkukuh pengurusan rekod organisasi.
"Pengiktirafan berprestij ini mencerminkan kesungguhan RISDA dalam mempertingkan tadbir urus melalui pematuhan tatacara pengurusan rekod, penyelarasan proses kerja serta pelaksanaan pengurusan rekod sektor awam yang efisien.
"Seiring agenda transformasi pendigitalan sektor awam, RISDA memperkasakan penggunaan Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS 2.0), disamping memperkasa pematuhan dan kompetensi warga kerja bagi memastikan pengurusan maklumat yang cekap dan berkesan," katanya pada Khamis.
Majlis bersempena Konvensyen Pengurusan Rekod Sektor Awam 2026 di Pusat Konvensyen MBSA Shah Alam, Ibu Pejabat RISDA dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan, manakala RISDA Terengganu meraih Tempat Ketiga dalam kategori yang sama.

Kejayaan tersebut turut diperkukuh dengan penerimaan Anugerah Khas oleh RISDA.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar kepada Ketua Pengarah RISDA, Datuk Zainal Azni Zulkifli.
Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) RISDA, Wan Mohd Hafiz Wan Ibrahim, Pengarah Bahagian Pentadbiran RISDA, Mahathir Abdul Rahim dan Pengarah RISDA Terengganu, Zulkiflee Salleh.

Menurut kenyataan itu, kejayaan berkenaan selari dengan aspirasi pembudayaan High Performance Culture (HPC) yang diterapkan dalam kalangan warga RISDA dengan penekanan terhadap prestasi, integriti, akauntabiliti dan inovasi terus menjadi keutamaan.
Katanya, pembudayaan itu juga menggalakkan warga kerjanya untuk lebih proaktif, berdisiplin dan berorientasikan keberhasilan, sekali gus meningkatkan keupayaan dalam mendepani perubahan serta memenuhi tuntutan penyampaian perkhidmatan awam yang semakin dinamik.
"Dengan tema konvensyen, Transformasi Pendigitalan Rekod Awam Sebagai Sumber Strategik Negara, RISDA dilihat komited terus menambah baik pengurusan rekodnya melalui pematuhan kepada ketetapan, peningkatan kompetensi dan penambahbaikan proses kerja berterusan.
"Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap kecemerlangan pengurusan rekod, malah menjadi pemangkin kepada RISDA untuk terus memperkasa budaya prestasi tinggi dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat, khususnya komuniti desa dan pekebun kecil negara," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian22:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.