
RISDA peruntuk RM22.31 juta bantu pekebun kecil Sabah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA KINABALU: Seramai kira-kira 400 pekebun kecil menyertai Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Sabah 2026 yang menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan maklumat terkini bagi memperkukuh industri getah serta meningkatkan pendapatan komuniti itu. (Berita Harian, 09:05)
Read the reporting
1 report
RISDA peruntuk RM22.31 juta bantu pekebun kecil Sabah
KOTA KINABALU: Seramai kira-kira 400 pekebun kecil menyertai Konvensyen Pekebun Kecil RISDA Peringkat Zon Sabah 2026 yang menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan maklumat terkini bagi memperkukuh industri getah serta meningkatkan pendapatan komuniti itu.
Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Manndzri Nasib, berkata RISDA Sabah memperuntukkan RM22.31 juta tahun ini bagi melaksanakan program pembangunan holistik pekebun kecil, meliputi pembangunan tanaman getah, peningkatan produktiviti, penyediaan prasarana pertanian dan pembangunan sosioekonomi.
Katanya, peruntukan itu bertujuan membantu kira-kira 74,625 pekebun kecil yang mengusahakan lebih 204,000 hektar kawasan tanaman getah di seluruh Sabah.
"Konvensyen ini mewakili kira-kira 74,625 pekebun kecil getah di seluruh Sabah. Kita mahu memberikan maklumat dan kefahaman mengenai perkembangan terkini industri, di samping usaha meningkatkan kesejahteraan mereka menerusi pelbagai inisiatif RISDA.
"Matlamat kita adalah memastikan pekebun kecil bukan sahaja mampu meningkatkan produktiviti tanaman getah, malah mempunyai peluang menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen berkenaan di sini, semalam.
Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)RISDA, Md Najip Ishak; Pemangku Pengarah KKDW Negeri Sabah, Aliasan Kerman; Pengarah FELCRA Sabah, Zamzul@Rosmadi Rebbin, serta Pengarah RISDA Sabah, Nor Afzami Isa.
Manndzri berkata, penganjuran konvensyen secara berasingan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini adalah penambahbaikan mengambil kira keluasan geografi kedua-dua negeri serta jumlah pekebun kecil yang ramai.
Menurutnya, usaha meningkatkan kesejahteraan golongan itu dilaksanakan menerusi dua pendekatan utama, iaitu pembangunan industri getah serta inisiatif keusahawanan dan aktiviti ekonomi tambahan (AET).
Katanya, pembangunan industri getah memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, pengembangan aktiviti hiliran dan penggunaan teknologi bagi memudahkan pengurusan kebun.
Pada masa sama, AET membuka peluang kepada pekebun kecil menjana pendapatan melalui perniagaan, pertanian dan penternakan, termasuk perkhidmatan menjahit, memotong rumput, pembersihan, penghasilan makanan, akuakultur, penternakan lembu serta penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah fertigasi dan hidroponik.
Beliau berkata, penerima bantuan AET dan program agromakanan turut diberikan bimbingan bagi membantu mereka menguruskan perniagaan dengan lebih berkesan serta mengurangkan risiko kegagalan.
"RISDA tidak akan membiarkan usahawan dalam kalangan pekebun kecil terdedah kepada risiko tanpa bimbingan. Kita menyediakan pegawai untuk membantu mereka, termasuk di kawasan pedalaman Sabah yang mempunyai cabaran geografi tersendiri," katanya.
Sementara itu, penerima Anugerah Tokoh Pekebun Kecil Terbaik Peringkat Zon Sabah 2026, Masol Timbun, dari Kota Belud, berharap bantuan RISDA kepada komuniti pekebun kecil dapat diteruskan secara berterusan.
Bapa kepada empat anak itu berkata, penghargaan berkenaan turut didedikasikan kepada seluruh pekebun kecil RISDA, selain berharap lebih ramai golongan muda menceburi bidang pertanian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.