
Robot jadi solusi kekurangan doktor, bedah pesakit kanser dari jauh di Jepun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Tokyo: Lima pesakit kanser usus di Jepun menjalani pembedahan menggunakan robot kawalan jauh sejak Ogos lalu bagi menangani kekurangan doktor dan taburan tenaga perubatan yang tidak seimbang mengikut kawasan, lapor Japan Today. (Harian Metro, 13:04)
Read the reporting
1 report
Robot jadi solusi kekurangan doktor, bedah pesakit kanser dari jauh di Jepun
Tokyo: Lima pesakit kanser usus di Jepun menjalani pembedahan menggunakan robot kawalan jauh sejak Ogos lalu bagi menangani kekurangan doktor dan taburan tenaga perubatan yang tidak seimbang mengikut kawasan, lapor Japan Today.
Prosedur itu dilaksanakan oleh doktor dari Hospital Universiti Hirosaki dan Hospital Besar Tsugaru, kedua-duanya terletak di wilayah Aomori di timur laut Jepun.
Dalam kaedah berkenaan, seorang doktor mengendalikan robot pembedahan dikenali sebagai 'hinotori' yang dibangunkan syarikat Jepun, Medicaroid Corp, manakala seorang lagi doktor membantu dengan mengawal robot sama dari lokasi berbeza.
Universiti Hirosaki dan Persatuan Pembedahan Jepun memaklumkan, kaedah itu adalah aplikasi klinikal pertama di Jepun bagi pembedahan robotik yang membabitkan doktor di lokasi berlainan.
Mereka merancang menjalankan beberapa lagi pembedahan menggunakan kaedah sama sehingga Mac depan bagi menilai keselamatannya sebelum memohon kelulusan pihak berkuasa untuk penggunaan peralatan berkaitan dan perlindungan insurans kesihatan nasional.
Sementara itu, pakar dari Universiti Tokai yang juga ketua jawatankuasa promosi pembedahan jarak jauh Persatuan Pembedahan Jepun, Prof Masaki Mori berkata, matlamat utama inisiatif itu adalah menghapuskan jurang akses kepada rawatan pembedahan mengikut wilayah.
"Kami berharap pembedahan robotik jarak jauh dapat dikomersialkan dalam tempoh kira-kira dua tahun," katanya.
Universiti dan persatuan itu turut menyasarkan peluasan kaedah berkenaan ke seluruh negara bagi mengurangkan kos serta kesulitan yang terpaksa ditanggung pesakit untuk pergi ke lokasi lain bagi mendapatkan rawatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.