Malaysian Attention Engine
Live wire
49Kedai bundle simpan 3,383 paket minyak masak subsidi diserbu47General : PN Seeks Stay Of RoS Deregistration Order - Takiyuddin46Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably41Muhyiddin gesa kerajaan wujud pelan induk banteras kemiskinan bandar38Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38Business : MoF: No Commitment To Provide Financing Support To AirAsia36Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik36Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri36‘Lesti, saya mohon maaf atas adab yang tidak sempurna’36General : 242 MARA-sponsored Students In France Safe35Anwar: Govt to set up special committee to investigate corporate crime, chaired by attorney general34Business : High Oil Prices Support Malaysia's Export Earnings -- CGSI
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

RoboVan tanpa pemandu bakal digunakan di jalan raya awam Malaysia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 14:07 MYTLatest activity 20 Oct, 14:07BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melakar pencapaian baharu apabila menjadi syarikat Malaysia pertama mengoperasikan kenderaan logistik autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu di jalan raya awam negara dengan nombor pendaftaran yang sah. (Berita Harian, 14:07)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

RoboVan tanpa pemandu bakal digunakan di jalan raya awam Malaysia

By Lizam Ridzuan · 20 Oct, 14:07 MYT

KUALA LUMPUR: Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melakar pencapaian baharu apabila menjadi syarikat Malaysia pertama mengoperasikan kenderaan logistik autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu di jalan raya awam negara dengan nombor pendaftaran yang sah.

Pencapaian itu direalisasikan menerusi pelancaran RoboVan sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 yang disaksikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Susulan pelancaran itu, RoboVan akan menjalani percubaan selama enam bulan di laluan ujian Malaysia Autonomous Vehicle (MyAV) sepanjang 22 kilometer di Cyberjaya, membabitkan keadaan trafik bercampur termasuk kawasan perniagaan, institusi pendidikan, stesen MRT, persimpangan dan lintasan pejalan kaki.

Sepanjang tempoh berkenaan, ALS akan merekodkan prestasi pemanduan autonomi, tempoh operasi, jarak perjalanan, jumlah perjalanan serta intervensi sistem bagi menilai keupayaan kenderaan itu beroperasi dalam persekitaran sebenar dan menyokong pembangunan teknologi logistik autonomi untuk kegunaan komersial.

Pengarah Urusan ALS, Alan Chong, berkata pelancaran itu bukan sekadar pencapaian dari segi penggunaan kenderaan tanpa pemandu, malah menjadi langkah penting dalam membuktikan keupayaan syarikat tempatan membangunkan ekosistem mobiliti autonomi di Malaysia.

"Bagi kami, ini lebih daripada sekadar nombor pendaftaran. Ia adalah langkah untuk menjadikan teknologi autonomi satu realiti di Malaysia, membuktikan kemampuan syarikat tempatan dan membina asas bagi masa depan logistik autonomi di negara ini serta rantau ini," katanya.

RoboVan menggunakan teknologi dibangunkan Zelostech, dengan ALS bertindak sebagai rakan strategik syarikat itu di Malaysia bagi penyetempatan teknologi dan pelaksanaan operasi tempatan.

Kenderaan berkenaan direka khusus untuk pengangkutan barangan, terutama pergerakan kargo berasaskan laluan yang ditetapkan, tanpa pemandu atau penumpang di dalam kenderaan.

Operasi RoboVan dipantau dari jauh menerusi Pusat Operasi Jarak Jauh (ROC) khusus untuk logistik autonomi yang dilancarkan ALS bersama Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) serta Cyberview Sdn Bhd di Cyberjaya pada Julai lalu.

Pusat itu memantau siaran video langsung, telemetri kenderaan, status laluan dan diagnostik sistem bagi menyokong pemantauan operasi serta keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Cyberview, Kamarul Ariffin Abdul Samad, berkata laluan MyAV yang diperkenalkan pada 2020 dengan jarak awal tujuh kilometer sebelum diperluas sebanyak 15 kilometer pada 2025, menyediakan persekitaran bandar sebenar untuk menguji dan memperhalusi teknologi mobiliti autonomi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec, Yong Kai Ping, berkata percubaan berkenaan turut memperkukuh kedudukan Selangor sebagai lokasi pengujian teknologi mobiliti autonomi, selain membantu membangunkan kepakaran tempatan dalam kejuruteraan, pengurusan armada dan pemantauan jarak jauh.

Pengujian itu dilaksanakan susulan kelulusan diperlukan di bawah rangka kerja kenderaan autonomi Malaysia dengan penglibatan Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat, Kementerian Digital dan Futurise.

ALS menyasarkan penggunaan teknologi berkenaan bagi pergerakan barangan antara gudang, hab logistik, kemudahan pembuatan, pelabuhan, lapangan terbang dan kawasan perindustrian.

Percubaan di Cyberjaya dijangka menyediakan data operasi penting sebagai asas kepada peluasan armada logistik autonomi dan pembangunan rangka kerja pelaksanaan teknologi itu di Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 14:07 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:07

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.