
Ronaldo dedah hubungan akrab dengan Messi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Cristiano Ronaldo mendedahkan hubungan sebenarnya dengan Lionel Messi, termasuk bagaimana mereka saling membantu di luar padang. (Harian Metro, 19:57)
Read the reporting
1 report
Ronaldo dedah hubungan akrab dengan Messi
London: Cristiano Ronaldo mendedahkan hubungan sebenarnya dengan Lionel Messi, termasuk bagaimana mereka saling membantu di luar padang.
Ronaldo, 41, dan Messi, 39, kini berada di penghujung karier masing-masing, namun kedua-duanya menghabiskan tempoh 15 tahun mendominasi dunia bola sepak.
Persaingan mereka mencetuskan pelbagai perdebatan, rasa iri hati dan cemburu dalam kalangan peminat, pengulas serta pemain.
Bagaimanapun, kedua-duanya sentiasa mengekalkan persaingan sihat secara terbuka.
Dalam wawancara terbaharu bersama CNN Portugal, bintang Al-Nassr, Ronaldo membuka cerita mengenai hubungan mereka dari sudut peribadi, termasuk bagaimana mereka saling memotivasikan dan membantu antara satu sama lain.
Pemenang Ballon d'Or sebanyak enam kali itu berkata: "Kami berkongsi pentas anugerah selama 15 tahun.
"Dan kami sentiasa mempunyai hubungan yang sangat baik. Saya masih ingat satu atau dua kali saya menterjemahkan untuknya apa yang mereka katakan dalam bahasa Inggeris, 'Messi, awak akan kekal di sini'.
"Kemudian, dia akan ditanya soalan. Saya akan menterjemahkannya. Penyampai akan berkata kepadanya: 'Kami akan melakukan ini', dan anda akan memberitahu Messi: 'Ya, sangat bagus'. Ia memang melucukan.
"Dia sentiasa melayan saya dengan baik. Sudah tentu dia mempertahankan kelabnya dan saya mempertahankan kelab saya. Dia mempertahankan pasukan kebangsaannya dan saya mempertahankan pasukan kebangsaan saya.
"Saya rasa ada beberapa tahun ketika dia mahu memberikan segala-galanya dan menjaringkan gol, begitu juga saya.
"Ia adalah persaingan yang sihat, seperti yang pernah berlaku antara Ayrton Senna dan Prost. Saya rasa kami saling memberi motivasi."
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.