Malaysian Attention Engine
Live wire
51IMF says AI investment keeps global growth around 3%50Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching50PN boleh cabar notis RoS, penangguhan tidak dibenarkan46Simpanan RM1.99 juta lesap, kerabat diraja Terengganu saman dua bank45Sistem kutipan tol MLFF bakal guna teknologi AI - Alexander454 sekawan dituduh bunuh, subahat bunuh penjual durian44General : Malaysia Seeks China's Expertise In Disaster Early Warning Systems44TQ Wuling lancar van elektrik Porta EV, harga bermula RM99,80038Business : IOIPG Malaysia REIT Signs Underwriting Agreement For Main Market IPO37Geng curi kabel guna kereta mewah tumpas, 14 suspek ditahan37General : Malaysia To Raise Haze Issue At ASEAN Foreign Ministers' Meeting – Mohamad36Ibu tunggal didakwa benarkan anak dianiayai secara seksual
NewConfirmedupdated 53 min ago

Rundingan FTA Malaysia-EU sudah hampir 80 peratus selesai

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 12:35 MYTLatest activity 13 Oct, 13:04BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini sudah hampir 80 peratus selesai, dengan perjanjian itu disasarkan dimeterai menjelang akhir Jun tahun depan. (Berita Harian, 12:35)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Rundingan FTA Malaysia-EU sudah hampir 80 peratus selesai

By Hazwan Faisal Mohamad · 13 Oct, 12:35 MYT

KUALA LUMPUR: Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) kini sudah hampir 80 peratus selesai, dengan perjanjian itu disasarkan dimeterai menjelang akhir Jun tahun depan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata baki 20 peratus rundingan masih dalam proses penyelesaian, membabitkan beberapa isu yang memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, antara perkara yang masih dibincangkan ialah isu berkaitan minyak sawit dan sektor automotif, namun yakin penyelesaian dapat dicapai bagi membolehkan perjanjian berkenaan dimuktamadkan.

"Secara asasnya, saya boleh katakan hampir 80 peratus sudah selesai dan dipersetujui kedua-dua pihak. Hanya tinggal 20 peratus lagi yang membabitkan beberapa perkara berkaitan EU dan Malaysia.

"Saya fikir perkara itu boleh diselaraskan, tetapi rundingan masih berjalan. Saya percaya kita mampu menyelesaikannya," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Hari Perniagaan EU-Malaysia 2026 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, Malaysia dan EU sudah mengadakan lima pusingan rundingan, dengan kerajaan menyasarkan FTA berkenaan dapat ditandatangani selewat-lewatnya akhir Jun 2027.

Katanya, sekiranya berjaya dimuktamadkan, perjanjian dengan EU akan menjadi FTA ke-18 Malaysia dan dijangka membuka akses pasaran yang lebih luas kepada pengeksport serta perniagaan kedua-dua pihak.

"Apabila kita menandatangani FTA, matlamatnya adalah untuk menyediakan akses pasaran yang lebih bebas antara Malaysia dan EU.

"Ekonomi hari ini beroperasi secara berbeza berbanding dahulu. Semakin banyak pasaran terbuka yang boleh kita akses, semakin baik untuk negara," katanya.

Mengenai isu minyak sawit, Johari menjelaskan Malaysia bersedia memenuhi keperluan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR), yang menjadi antara aspek penting dalam hubungan perdagangan dengan blok berkenaan.

Beliau berkata, beberapa syarikat perladangan utama negara sudah mengambil langkah pematuhan terhadap keperluan berkenaan, termasuk aspek kebolehkesanan rantaian bekalan, penyahhutanan dan amalan buruh.

Johari turut menjelaskan bahawa proses memuktamadkan perjanjian berkenaan perlu mengambil kira keperluan EU yang mempunyai 27 negara anggota.

Sementara itu, Pesuruhjaya EU bagi Perkongsian Antarabangsa, Jozef Síkela, berkata penyambungan semula rundingan FTA Malaysia-EU adalah langkah penting untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak.

Beliau berkata, perjanjian yang bercita-cita tinggi itu berpotensi mewujudkan lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia dengan EU.

"FTA yang sedang dirunding ini akan membuka dimensi baharu peluang kepada kedua-dua pihak," katanya.

Síkela turut menyatakan hasrat EU supaya rundingan berkenaan dapat diselesaikan selewat-lewatnya akhir 2027.

Dalam pada itu, Duta EU ke Malaysia, Rafael Daerr, berkata hubungan perdagangan dua hala terus menunjukkan perkembangan positif apabila eksport Malaysia ke EU meningkat 28 peratus pada separuh pertama 2026, manakala import dari EU meningkat 12 peratus.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan kepentingan hubungan perdagangan Malaysia-EU, khususnya ketika kedua-dua pihak berusaha memperluas kerjasama ekonomi dalam persekitaran global yang semakin mencabar.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow13:00
Latest 13:10 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 12:35 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:35

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Rundingan FTA Malaysia-EU kini 80 peratus selesai
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.