
Russia tolak gesaan badan kesihatan dunia isu penyakit misteri di Siberia
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
MOSCOW/WASHINGTON: Russia menolak gesaan supaya lebih telus berhubung kematian seorang juruteknik makmal yang didakwa akibat wabak sampar di Siberia, ketika laporan mengenai kes jangkitan kedua mula muncul. (Utusan Malaysia, 10:30)
Read the reporting
1 report
Russia tolak gesaan badan kesihatan dunia isu penyakit misteri di Siberia
MOSCOW/WASHINGTON: Russia menolak gesaan supaya lebih telus berhubung kematian seorang juruteknik makmal yang didakwa akibat wabak sampar di Siberia, ketika laporan mengenai kes jangkitan kedua mula muncul.
Badan pengawasan kesihatan awam Russia, Rospotrebnadzor berkata, hampir 5,000 ujian tidak mengesan patogen berbahaya dan pihaknya tidak melihat sebarang risiko wabak.
Moscow menolak laporan mengenai kes kedua sampar disyaki berlaku di Siberia, malah turut menyifatkan kebanyakan laporan media sebagai palsu dan menegaskan pihaknya tidak mengetahui mengenai nota diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang secara rasmi meminta maklumat tambahan.
Rospotrebnadzor berkata, pihaknya tidak melihat sebarang risiko wabak susulan kematian seorang pekerja berusia 28 tahun di Institut Penyelidikan Anti-Sampar Irkutsk, Darya Shipilova yang meninggal dunia minggu lalu di bandar Shelekhov berhampiran Irkutsk.
Agensi itu berkata, Shipilova divaksin dan mempunyai imuniti terhadap jangkitan berbahaya yang dikendalikannya, manakala hampir 5,000 ujian makmal tidak mengesan patogen berbahaya.
Lebih 90 peratus daripada mereka yang mempunyai kontak dengannya sudah selesai menjalani pemantauan perubatan, menurut agensi itu.
Pihak berkuasa Russia sejak awal minggu ini menegaskan Shipilova meninggal dunia akibat radang paru-paru dan punca kematiannya masih belum ditentukan.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa Moscow menjelaskan keadaan berhubung laporan media mengenai seorang lagi kakitangan yang mengalami radang paru-paru dengan punca yang tidak jelas.
Penyakit sampar menyerang paru-paru dan boleh merebak dari seorang ke seorang melalui titisan udara, dengan tempoh pengeraman sependek 24 jam.
Penyakit itu boleh membawa maut tanpa rawatan sewajarnya, tetapi peluang untuk pulih adalah tinggi jika dikenal pasti dan dirawat dengan segera.
Gejalanya adalah termasuk sesak nafas, batuk dan kahak bercampur darah.
Sampar bubonik yang lebih lazim pula berpunca daripada gigitan pinjal yang dijangkiti dan boleh menyebabkan ulser bernanah.
Jika disahkan, kes di Siberia itu akan menjadi jangkitan hawar pertama yang disahkan di Russia sejak 2016.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, ketika ditanya sama ada senjata biologi terlibat, berkata kepada pemberita di Pejabat Oval: “Kami tidak fikir begitu. Kami akan mengetahuinya tidak lama lagi.” – AGENSI
The post Russia tolak gesaan badan kesihatan dunia isu penyakit misteri di Siberia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.