
Rusuhan di Paris: Seolah-olah mengunjungi zon perang - Pelancong
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Paris: Selepas menempuh perjalanan udara lebih 20 jam dari Australia, Anne Boland tiba di Muzium Louvre yang ditutup dan disekat, sebelum menasihati pelancong lain supaya tidak berkunjung ke Paris buat masa ini. (Harian Metro, 11:10)
Read the reporting
1 report
Rusuhan di Paris: Seolah-olah mengunjungi zon perang - Pelancong
Paris: Selepas menempuh perjalanan udara lebih 20 jam dari Australia, Anne Boland tiba di Muzium Louvre yang ditutup dan disekat, sebelum menasihati pelancong lain supaya tidak berkunjung ke Paris buat masa ini.
"Duduk di rumah!" kata pesara berusia 73 tahun itu kepada AFP pada Isnin di luar muzium yang paling ramai dikunjungi di dunia itu, susulan kekacauan sepanjang hujung minggu yang melanda beberapa jalan dan dataran paling ikonik di ibu negara Perancis berkenaan.
Dia antara ribuan pelawat yang cuba menyesuaikan rancangan perjalanan di Kota Cahaya itu ketika perarakan, kelewatan lalu lintas dan gas pemedih mata mengganggu industri pelancongan ibu negara itu yang bernilai 14 bilion euro (RM64.16 bilion).
Sekumpulan kecil penunjuk perasaan menyekat pintu masuk piramid kaca terkenal Louvre selepas beberapa hari protes besar-besaran yang turut mencetuskan antara keganasan jalanan paling buruk di Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketika berbasikal mengelilingi bandar itu sehari sebelumnya, Peter, pelancong dari Belanda, menjangkakan dapat melihat bangunan Haussmann yang menawan, bumbung mansard dan kafe di tepi jalan. Sebaliknya, dia mendapati dirinya seolah-olah mengunjungi "zon perang."
"Keadaannya teruk – serpihan kebakaran di merata-rata tempat, kaca bertaburan di kaki lima," kata lelaki berusia 63 tahun itu yang enggan mendedahkan nama keluarganya.
Ada pelancong yang tidak terlalu mempedulikan gangguan itu. Namun, hampir semua kelihatan terkejut apabila tiba di Louvre apabila rancangan mereka tiba-tiba terpaksa dibatalkan.
Selepas dihalang daripada masuk, ramai yang mengambil swafoto dan gambar di hadapan bekas istana itu.
Kira-kira 500,000 orang menyertai demonstrasi di seluruh Perancis pada Sabtu bagi membantah kenaikan kos sara hidup. Perhimpunan itu memuncak selepas beberapa siri protes terdahulu yang diketuai pelajar sekolah menengah bagi menuntut keadaan lebih baik di sekolah masing-masing.
Gerakan The Yellow Vests , yang menganjurkan perhimpunan hujung minggu lalu, menyeru supaya lebih banyak demonstrasi diadakan pada Sabtu ini ketika kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan perintah berkurung secara separa dan bersasar.
Satu bencana
Penutupan Louvre hanya menambah satu lagi halangan kepada Anne dan suaminya, Pat Boland, kedua-duanya berusia 73 tahun, yang turut berdepan masalah apabila syarikat penerbangan kehilangan bagasi mereka sepanjang perjalanan.
"Ini memang satu bencana," kata Pat sambil ketawa.
"Kami berada tepat di tempat ini tujuh tahun lalu, tetapi barisan terlalu panjang," kata Anne.
Walaupun sudah dua kali mengunjungi muzium itu, dia masih belum berpeluang masuk ke dalamnya.
"Kami tidak mahu terbabit. Kami mahu menjauhkan diri dan mengelak daripada mereka," kata Pat mengenai protes berkenaan.
"Namun, kami juga tidak mahu menentang mereka," tambah Anne, sambil menyatakan bahawa protes berkaitan kos sara hidup turut berlaku di beberapa negara lain sejak kebelakangan ini, termasuk Ireland dan Australia.
Pada hujung minggu lalu, pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle memberi amaran kepada penumpang yang baru tiba bahawa mereka mungkin tidak dapat sampai ke destinasi jika laluan disekat penunjuk perasaan.
Sebuah akhbar di Wales, United Kingdom, mempersoalkan sama ada Perancis selamat untuk dikunjungi keluarga semasa cuti persekolahan yang bakal tiba. Kedutaan Amerika Syarikat pula menggesa rakyatnya supaya berwaspada.
Namun, ramai penduduk di bandar itu meneruskan rutin harian seperti biasa. Satu video yang disiarkan oleh stesen berita Amerika Syarikat, CBS, menunjukkan pasangan sedang minum di teres sebuah kafe tanpa terjejas walaupun kebakaran berlaku berhampiran di jalan raya.
"Kami tidak melihat apa-apa yang membimbangkan," kata Glenda Manna, 62, seorang profesor universiti dari Amerika Syarikat yang sedang berkunjung ke Paris.
Bagaimanapun, ketika protes itu menarik perhatian saluran berita dan ahli politik di seluruh dunia, ahli keluarganya di negara asal tidak putus-putus menghantar mesej memintanya mengesahkan bahawa dia selamat, kata ibunya, Dorothy Hill, 82.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.