
Sambungan ECRL ke Rantau Panjang siap lebih 4 tahun
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Projek sambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang sepanjang kira-kira 32 kilometer dijangka mengambil masa empat tahun setengah untuk disiapkan. (Utusan Malaysia, 14:05)
Read the reporting
1 report
Sambungan ECRL ke Rantau Panjang siap lebih 4 tahun
KUALA LUMPUR: Projek sambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Rantau Panjang sepanjang kira-kira 32 kilometer dijangka mengambil masa empat tahun setengah untuk disiapkan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, projek sambungan sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand itu telah mendapat kelulusan Kabinet susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China pada bulan lalu.
Menurutnya, projek berkenaan kini berada pada peringkat kajian teknikal dan proses pengambilan tanah sebelum kerja pembinaan dapat dimulakan.
“Projek ini dijangka mengambil masa kira-kira empat tahun setengah untuk disiapkan.
“Dua tahun pertama akan lebih tertumpu kepada pengambilan tanah dan penilaian teknikal kerana keseluruhan jajaran itu masih memerlukan proses pengambilan tanah daripada kerajaan negeri serta pemilik tanah tempatan,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Perasmian Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, operasi pengangkutan kargo ECRL bagi laluan Gombak ke Kota Bharu dijangka bermula serentak dengan operasi perkhidmatan penumpang.
Bagaimanapun, katanya, sambungan pengangkutan kargo ke Pelabuhan Klang memerlukan kira-kira setahun lagi berikutan kerja pembinaan jajaran dari Gombak ke Pelabuhan Klang masih berjalan.
“Operasi kargo dari Gombak ke Kota Bharu boleh dimulakan, tetapi buat masa ini ia masih belum dapat dihubungkan ke Pelabuhan Klang.
“Bagi kadar tambang pengangkutan kargo pula, Malaysia Rail Link (MRL) akan mengumumkannya kelak,” katanya. – UTUSAN
The post Sambungan ECRL ke Rantau Panjang siap lebih 4 tahun appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.