
Sampan tiba-tiba patah, 37 pelajar terjatuh tengah laut
Only social or community posts, or a single source.
What happened
JAKARTA – Seramai 37 pelajar berjaya diselamatkan selepas sampan dinaiki mereka terbalik dan dimasuki air di Kepulauan Mentawai, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Lambe Turah. (Kosmo!, 21:00)
Read the reporting
1 report
Sampan tiba-tiba patah, 37 pelajar terjatuh tengah laut
JAKARTA – Seramai 37 pelajar berjaya diselamatkan selepas sampan dinaiki mereka terbalik dan dimasuki air di Kepulauan Mentawai, wilayah Sumatera Barat, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di perairan Selat Sikakap ketika pelajar dari SMA Negeri 1 PUS itu sedang menuju ke Sikakap kelmarin.
Bahagian kanan sampan dilaporkan patah semasa belayar, menyebabkan air masuk ke dalam bot, hilang keseimbangan dan akhirnya terbalik.
Beberapa nelayan yang berada di sekitar lokasi kejadian bergegas memberikan bantuan. Semua penumpang dipindahkan dalam keadaan selamat.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Kelas B Mentawai, Benteng Hilton Telaumbanua berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 5.50 petang (waktu tempatan).
Tiada kemalangan jiwa atau penumpang yang cedera, demikian menurut pasukan penyelamat.
Orang ramai terutama nelayan dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan semasa belayar seperti memakai jaket keselamatan, memeriksa keadaan kapal sebelum berlepas dan memantau cuaca bagi mencegah kemalangan di laut. – AGENSI
The post Sampan tiba-tiba patah, 37 pelajar terjatuh tengah laut appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!21:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.