Malaysian Attention Engine
Live wire
52Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Sport : Denmark Open: Sze Fei-Nur Izzuddin Storm Into Q-finals49PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang49199 kes jenayah babitkan pelarian Rohingya45General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF45ADUN PH gesa DUN Negeri Sembilan segera bersidang40General : Haze:wear N95 Face Mask If Need To Engage In Outdoor Activities - MOH36Najib akan habiskan baki hukuman penjara bersama keluarga di rumah Langgak Duta - Peguam35Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan35General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE35World : Ex-President Nicolas Maduro, Wife Plead Not Guilty To Torture Charges In New York Court
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Saya bernasib baik masih hidup - Merino

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 08:53 MYTLatest activity 16 Oct, 09:29BMconfidence 80%

What happened

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Mikel Merino mengakui dirinya bernasib baik kerana masih hidup selepas terselamat daripada kecederaan dalam serangan bom terhadap bas Borussia Dortmund pada tahun 2017. (Berita Harian, 08:53)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Saya bernasib baik masih hidup - Merino

By AGENSI · 16 Oct, 08:53 MYT

LONDON: Pemain tengah Arsenal, Mikel Merino mengakui dirinya bernasib baik kerana masih hidup selepas terselamat daripada kecederaan dalam serangan bom terhadap bas Borussia Dortmund pada tahun 2017.

Dunia bola sepak dikejutkan apabila kelab Jerman itu menjadi mangsa serangan yang dilakukan Sergej Wenergold, dengan tiga bom paip meletup berhampiran bas ketika pasukan berkenaan dalam perjalanan ke stadium bagi menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pertahanan Dortmund, Marc Bartra terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan pada pergelangan tangan, manakala seorang anggota polis turut mengalami kecederaan sehingga tidak dapat kembali bertugas.

Merino bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan, namun keadaan mungkin berbeza jika beliau tidak menukar tempat duduk.

"Saya rasa ada malaikat yang sentiasa melindungi saya. Sebenarnya, saya bernasib baik kerana masih hidup," kata Merino yang berusia 20 tahun ketika kejadian, kepada The Players' Tribune.

Beliau menambah: "Bunyi letupan itu sangat kuat, kemudian saya ingat bas hampir terbalik. Saya menoleh ke belakang dan melihat darah di lantai. Ada asap dan jeritan.

"Saya masih ingat berada di hospital pada malam itu untuk menunggu Marc Bartra, yang mengalami luka teruk pada pergelangan tangannya.

"Keesokan harinya, seseorang memberitahu saya serpihan logam yang besar tertanam pada penyandar kepala tempat duduk di sebelah Marc. Itulah tempat duduk yang biasanya saya gunakan. Tetapi pada hari itu, tempat duduk berkenaan kosong.

"Kaki saya terasa sedikit tegang dan tempat duduk di bahagian hadapan boleh direbahkan. Jadi, saya duduk di situ dan tindakan itu mungkin menyelamatkan nyawa saya. Sebab itulah saya percaya setiap perkara berlaku atas sebab tertentu."

Bom paip berkenaan disembunyikan di dalam pagar tanaman di tepi jalan sebelum diletupkan kira-kira jam 7.15 malam waktu tempatan. Ketika itu, Dortmund sedang menuju ke stadium untuk menentang Monaco dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Bom berkenaan diisi dengan pin logam dan mempunyai jarak letupan sehingga kira-kira 100 meter.

Selepas siasatan panjang, Wenergold yang ketika itu berusia 29 tahun didakwa atas 28 pertuduhan cubaan membunuh berhubung serangan berkenaan. Beliau dijatuhi hukuman penjara 14 tahun.

Ketika perbicaraan, beliau mendakwa tidak berniat membunuh mana-mana pemain, sebaliknya mahu mengaut keuntungan melalui pertaruhan bahawa harga saham Borussia Dortmund akan jatuh.

Perlawanan menentang Monaco ditangguhkan sebelum berlangsung pada hari berikutnya, keputusan yang mengundang kritikan hebat terhadap UEFA.

Pengendali England, Thomas Tuchel yang ketika itu membimbing Dortmund, menyifatkan keputusan meneruskan perlawanan berkenaan sebagai "tidak masuk akal".

"Kami dimaklumkan melalui mesej teks bahawa UEFA membuat keputusan itu.

"Keputusan dibuat di Switzerland sedangkan ia melibatkan kami secara langsung. Kami tidak akan melupakannya. Perasaan itu sangat tidak menyenangkan.

"Kami berasa tidak berdaya. Tiada siapa yang mengambil kira pandangan kami. Kami tidak ditanya sama ada mahu bermain atau tidak.

"Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk bertindak balas terhadap sesuatu kejadian. Pemain mempunyai pilihan untuk tidak bermain, tetapi tiada seorang pun memilih pilihan itu," kata Tuchel.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 08:53 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:53

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Saya bernasib baik masih hidup - Merino
Berita HarianNewsmainstreamBM
Merino percaya 'malaikat' selamatkan nyawanya
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.