'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM - Seorang pengacara dikenali sebagai Nani Roslan menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai wanita yang ditahan dalam insiden khalwat membabitkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instragram NaniRoc, beliau pada awalnya tidak menyangka perlu tampil memberikan penjelasan, namun mengambil keputusan berbuat demikian selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang disifatkan tidak berasas.Katanya, lebih mengecewakan spekulasi berkenaan turut disusuli komen berunsur lucah, penghinaan serta kata-kata yang meren (Sinar Harian, 20:10)
Read the reporting
1 report'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
SHAH ALAM - Seorang pengacara dikenali sebagai Nani Roslan menafikan spekulasi yang mengaitkan dirinya sebagai wanita yang ditahan dalam insiden khalwat membabitkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.Menerusi kenyataan yang dikongsikan di akaun Instragram NaniRoc, beliau pada awalnya tidak menyangka perlu tampil memberikan penjelasan, namun mengambil keputusan berbuat demikian selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang disifatkan tidak berasas.Katanya, lebih mengecewakan spekulasi berkenaan turut disusuli komen berunsur lucah, penghinaan serta kata-kata yang merendahkan maruahnya sebagai seorang wanita."Saya percaya tiada wanita yang sepatutnya diseksualkan, dihina atau dimalukan hanya berdasarkan andaian yang tidak berasas," katanya.Beliau turut menafikan tuduhan kononnya beliau juga terlibat dalam merancang insiden tersebut."Saya nak tegaskan di sini, dakwaan itu tidak benar sama sekali," katanya lagi.Nani menjelaskan bahawa beliau merupakan pengacara profesional yang sepanjang kerjayanya mengendalikan pelbagai program dan majlis membabitkan individu daripada pelbagai latar belakang.Beliau mendakwa pernah berdepan tindakan sekatan, disenarai hitam, pembatalan pada saat akhir serta namanya digugurkan daripada senarai pengacara majlis susulan kaitan tugasan profesionalnya dengan parti politik tertentu sebelum kontroversi tersebut tercetus."Melaksanakan tugas tidak bermakna saya menyokong pandangan politik mana-mana pihak."Untuk makluman penglibatan saya sebagai hos audio siar telah berakhir pada 30 September 2026," jelasnya.Mengulas reaksi orang ramai terhadap kontroversi berkenaan, beliau berkata rasa ingin tahu bukanlah satu kesalahan, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk bertindak secara biadab atau menyebarkan tuduhan tanpa asas."Kebebasan bersuara bukan lesen untuk memfitnah dan perbuatan fitnah boleh membawa implikasi undang-undang," tegasnya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian20:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.