Malaysian Attention Engine
Live wire
55Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara52Kastam rampas 1.19 tan dadah bernilai RM161.67 juta46Lonjakan harga bahan api antara faktor bil elektrik melambung45Elliza masih trauma diburu ahlong44Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM42Raja-Raja Melayu gesa pihak luar tidak campuri krisis takhta Negeri Sembilan41Shuib Akhirnya Bersuara Isu Dengan Jep, Mohon Maaf Berulang Kali – “Aku Minta Maaf, Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan & Keegoaan…”41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40Lantik jurulatih tempatan jika sekadar mahu bersaing di ASEAN40Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah36PRN Melaka: 'Usah cerita siapa calon, yang penting birukan Pantai Kundor' - Tuminah36Bekas pengarah pusat pendidikan IPTA didakwa esok
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

‘Saya dah cukup sabar dengan gangguan, ugutan, pencerobohan privasi’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:59 MYTLatest activity 15 Oct, 11:59BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Privasi diganggu dan berasa tidak selamat, pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi amaran kepada individu terbabit agar perbuatan sedemikian jika enggan diheret ke muka pengadilan. (Kosmo!, 11:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

‘Saya dah cukup sabar dengan gangguan, ugutan, pencerobohan privasi’

By NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI · 15 Oct, 11:59 MYT

PETALING JAYA – Privasi diganggu dan berasa tidak selamat, pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberi amaran kepada individu terbabit agar perbuatan sedemikian jika enggan diheret ke muka pengadilan.

Tegas Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, individu terbabit bukan sahaja menganggu malah melampaui batas dengan ugutan mengancam nyawanya.

“Individu di belakang ini adalah seorang lelaki. Hari ini, dia kembali tapi kali ini dengan komen mengancam untuk bunuh saya.

“Kepada sesiapa sahaja di sebalik akaun palsu ini, sila hentikan perbuatan serta-merta. Saya sudah cukup bersabar dengan gangguan, ugutan dan pencerobohan privasi.

“Sila ambil maklum bahawa ugutan bunuh dan gangguan berterusan adalah perkara serius,” katanya dalam InstaStory.

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara terus masih berlanjutan demi menjaga keselamatan keluarganya.

“Jika saya meneruskan laporan polis dan tindakan undang-undang, anda mungkin berdepan dengan hukuman yang berat.

“Saya mempunyai hak sepenuhnya untuk melindungi keselamatan, privasi dan keluarga saya. Perkara ini mesti dihentikan,” tegasnya.

Selain itu, Intan turut memaklumkan bahawa individu terbabit turut menganggu rakan-rakannya dan juga pejabat pusat ekuestrian di ibu kota bagi mencarinya.

“Hari ini dia muncul balik selepas berbulan-bulan mendiamkan diri. Sebelum ini, individu ini mengganggu saya hampir setiap hari melalui DM (mesej langsung).

“Bukan hanya saya, dia juga DM dan emel semua kawan-kawan saya.

“Sampai tahap dia menghubungi pejabat Kuala Lumpur Polo Club hampir setiap hari hanya untuk mencari saya, mahu untuk bercakap dengan saya dan mengugut saya dengan pelbagai perkara,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua orang anak itu menyertakan tangkap layar ugutan daripada individu terbabit yang ingin membunuhnya.

“Belikan saya komputer, kalau tidak saya bunuh awak,” tulisnya dalam Threads. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya dah cukup sabar dengan gangguan, ugutan, pencerobohan privasi’ appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:22 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
15 Oct, 11:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.