
'Saya jenis yang suka 'perform', suka duduk atas pentas'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Saya jenis yang suka 'perform', suka duduk atas pentas' (Harian Metro, 06:48)
Read the reporting
1 report
'Saya jenis yang suka 'perform', suka duduk atas pentas'
Siri 1
puterialia@hmetro.com.my
KETIKA kanak-kanak pada usia tujuh tahun lain mahu belajar membaca dan mengeja, berbeza pula buat pelakon veteran, Datuk Fauziah Nawi yang sudah mula berjinak-jinak dalam bidang seni sejak kecil.
Mengimbas kembali memori zaman kanak-kanaknya, Fauziah berkata, jalan buatnya untuk masuk ke dunia seni terbuka seawal usia tujuh tahun apabila mula didedahkan dengan bidang berkenaan.
Menurutnya, gurunya ketika di sekolah rendah sering mengajar pelbagai seni tarian serta menggunakan mulut untuk menghasilkan irama muzik.
"Zaman saya sekolah masa darjah satu, saya ingat lagi arwah Cikgu Maryam Jamaludin memang mendidik murid bukan sekadar mengira dan membaca, malah arwah turut mengajar kita menari juga.
"Kalau ada 'show', dia akan ajar kita menari. Untuk muzik pula, arwah ajar kami macam-macam, ada yang guna mulut juga. Bila kami sudah dapat, dia akan minta tolong kawan dia, arwah Pak Cik Arsyad, selalunya guna rekorder dan mereka memang ada band sendiri.
"Jadi, mereka akan mengiringi kami menari dan kami boleh saja masuk. Maknanya, saya sudah didedahkan dengan seni daripada kecil," katanya kepada RAPXTRA.
Menurut Fauziah yang mesra disapa Ibu, pendedahan awal itu diperkukuhkan berikutan bapanya sangat aktif dalam persatuan belia dan memegang jawatan sebagai bendahari, sekali gus menjadikan dirinya terbiasa dengan pelbagai aktiviti seni dan kemasyarakatan sejak kecil.
Meskipun pada mulanya Fauziah tidak mempunyai sebarang impian khusus untuk menceburkan diri secara serius dalam industri seni, beliau mengakui mempunyai minat mendalam terhadap seni persembahan seperti menari dan menyanyi.
"Ketika saya kecil itu memang tiada impian apa-apa untuk masuk industri seni, tetapi memang saya suka kalau disuruh menari, suruh menyanyi, saya memang suka.
"Kalau di sekolah itu memang semua aktiviti menari, menyanyi, baca sajak, Fauziah Nawilah yang masuk. Kalau ada perhimpunan hari Isnin itu dialah juga yang baca doa dan wakil sekolah untuk mengaji pun sama," katanya.
Pengalaman membesar sebagai anak pengusaha kantin di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan di Jalan Ampang pada 1971 menjadi titik tolak yang mencorak perjalanan seni seorang Fauziah Nawi.
Fauziah berkata, disebabkan itu beliau dapat berjumpa dengan ramai tokoh seni terkemuka tanah air pada era terbabit termasuk Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Allahyarham Khatijah Awang.
Menurutnya, pendedahan awal di persekitaran itu membolehkan beliau menyelinap masuk ke pelbagai studio bagi menyaksikan sendiri latihan lakonan, teater, tarian dan nyanyian tanpa sebarang halangan.
Sifatnya yang berani turut membuka ruang kepada bakat nyanyiannya untuk menyerlah selain mendorong pembabitannya dalam kumpulan Seni Tari Asli Kuala Lumpur serta menyertai pelbagai pertandingan kesenian.
"Saya jenis yang tidak malulah, dan dari situ saya kenal beberapa kumpulan seni tari seperti Seni Tari Asli Kuala Lumpur. Jadi, saya dapat masuk kumpulan itu untuk bertanding dan sebagainyalah," kongsinya.
Dalam pada itu, galakan daripada ibu bapa menyebabkan Fauziah dapat menjejakkan kaki dalam industri seni ini.
Katanya, minatnya dalam seni teater dan pementasan dipupuk sejak kecil, sekali gus memberikan ruang serta peluang untuk dirinya menceburi bidang teater serta mula bertemu dengan tokoh hebat teater tanah air termasuk Ahmad Yatim yang menjadi cikgu teater pertamanya.
Katanya, pendedahan awal itu membolehkan dia mempelajari seni makyung sejak usia belasan tahun, selain menegaskan asas yang kukuh serta kepentingan latihan sentiasa menjadi keutamaan dalam perjalanan kerjayanya.
"Saya jenis yang suka 'perform', suka duduk atas pentas, muka tidak malu. Bapa ada cakap, kalau nak, buat betul-betul jangan main-main. Itu yang bapa pesan kepada saya, tetapi pelajaran agama itu bapa memang pentingkan.
"Ibu bapa saya pun menggalakkan. Mereka cakap, kalau suka, buat sahaja. Kalau nak sangat jadi orang seni, buat betul-betul, jangan separuh jalan. Susah ke senang, jangan tinggalkan. Itu yang bapa pesan.
"Saya rasa kita punya asas kena kuat sebab kita dedahkan daripada kecil dan kita punya ruang dan peluang itu sangat luas. Jadi kita ambil dan gunakan.
"Saya belajar dan buat terus, bukan jenis yang suka buat sekejap-sekejap. Selepas itu tidak buat sebab asas kita sangat kuat dan kita memang pentingkan latihan," katanya.
ESOK: Meskipun kerja sebagai penjawat awam, dunia seni masih di hati.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.