Malaysian Attention Engine
Live wire
NewConfirmedupdated 2 h ago

'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan'

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
27
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
2
News · YouTube
First detected 9 Oct, 12:44 MYTLatest activity 9 Oct, 13:39BMconfidence 86%

What happened

KLANG - "Saya tahu salah, tapi majikan kata bawa saja perlahan-lahan,".Itu rata-rata alasan penunggang motosikal warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Meru di sini pada Jumaat.Seorang etnik Rohingya berkata, dia bekerja di Pasar Borong Meru dengan upah RM60 sehari."Hari ini bos suruh saya hantar ayam ke rumah 'customer'...bos memang biasa pesan bawa motosikal perlahan-lahan saja. Motosikal ini memang dia punya."Rumah pelanggan depan ini sahaja cik, tak jauh," dakwa lelaki itu yang sudah berada di Malaysia sejak 11 tahun la (Sinar Harian, 12:44)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan'

By MUHAMMAD AFHAM RAMLI · 9 Oct, 12:44 MYT

KLANG - "Saya tahu salah, tapi majikan kata bawa saja perlahan-lahan,".Itu rata-rata alasan penunggang motosikal warga asing yang ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi operasi penguatkuasaan di sekitar Meru di sini pada Jumaat.Seorang etnik Rohingya berkata, dia bekerja di Pasar Borong Meru dengan upah RM60 sehari."Hari ini bos suruh saya hantar ayam ke rumah 'customer'...bos memang biasa pesan bawa motosikal perlahan-lahan saja. Motosikal ini memang dia punya."Rumah pelanggan depan ini sahaja cik, tak jauh," dakwa lelaki itu yang sudah berada di Malaysia sejak 11 tahun lalu.Selain itu, seorang etnik Rohingya yang ditahan ketika memandu lori cuba menafikan dia bekerja sebagai pemandu."Memang saya kerja dengan bos...upah RM55 sehari. Hari ini cuma hendak pergi beli makanan saja, bukan kerja bawa lori," katanya.Sinar Harian yang berpeluang mengikut Operasi Pemandu Warga Asing (Pewa) bermula jam 6.30 pagi itu mendapati, kebanyakan warga asing ini hanya mampu terkedu selepas kenderaan ditahan dan diajukan pertanyaan pemilikan lesen memandu.Penunggang motosikal itu hanya mampu menunjukkan dokumen lain seperti pasport.Bahkan ada yang menunjukkan kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi meraih simpati agar dilepaskan dan tidak dikenakan tindakan.Ada antara penunggang terbabit ditahan dengan membonceng rakan lain, membawa muatan barang basah, makanan selain peralatan memotong rumput.Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, pihaknya menyita 51 kenderaan membabitkan 47 motosikal, sebuah kereta, dua lori dan satu lagi lain-lain hasil pemeriksaan 131 kenderaan keseluruhan.Menurutnya, sebanyak 323 kesalahan dikesan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insuran dan kesalahan teknikal."Warga asing yang ditahan kebanyakan melibatkan Indonesia, Bangladesh, Myanmar, India serta Pakistan."Antara pekerjaan mereka ialah pengutip besi buruk dan sampah, penghantar barangan serta tukang mesin rumput," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi di sini pada Jumaat.Tegasnya, JPJ Selangor tidak mahu aspek keselamatan jalan raya dipandang ringan."Majikan, pemilik dan pemandu kenderaan juga mempunyai tanggungjawab. Jangan hanya mengambil kira kos tenaga kerja tetapi mengabaikan aspek kelayakan dan keselamatan. Sekiranya seseorang itu tidak layak memandu, jangan serahkan kenderaan kepada mereka," ujarnya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:0014:0015:00
Latest 15:50 MYT
27New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms2

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
9 Oct, 12:44 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:44

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

'Saya tahu salah tapi majikan suruh bawa perlahan-lahan'
Sinar Harian (YouTube)YouTubemainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.