
'Saya tidak suka orang tengok saya'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Saya tidak suka orang tengok saya' (Harian Metro, 06:16)
Read the reporting
1 report
'Saya tidak suka orang tengok saya'
khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pernah didiagnosis mempunyai Major Depressive Disorder (MDD) dan diuji dengan kemalangan teruk, namun ia tidak mematahkan minat serta semangat wanita ini untuk terus menghasilkan karya lukisan diminati.
Pelukis, Nik Nuur Syari'ah Nik Soh, 29, berkata, dia pernah didiagnosis mempunyai MDD pada 2020 dan terbabit dalam kemalangan di Ipoh, Perak pada 2021 sehingga menyebabkan kesan sampingan seperti cepat penat, pening serta kehilangan deria bau kekal.
Menurutnya, selepas terbabit kemalangan dan dalam proses pemulihan, dia mula menghasilkan beberapa jenis karya lukisan yang kemudiannya dijual kepada jiran.
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu bagaimanapun berkata, ia tidak kekal lama dan dia terpaksa menghentikan penghasilan karya itu disebabkan kekangan kewangan.
Disebabkan itu, dia mencari pekerjaan lain dan pelbagai bidang diceburinya seperti bekerja di bank, farmasi sehinggalah pengacaraan secara langsung atau live host dan affiliate .
Namun, setiap pekerjaan diceburinya tidak kekal lama disebabkan masalah kesihatan sehingga dia memutuskan untuk berhenti.
"Saya tak boleh buat disebabkan saya tak suka orang tengok saya. Disebabkan kemurungan itu, ada hari saya macam tak boleh nak bercakap dengan orang, ada hari yang saya macam tak nak buka mulut pun sukar.
"Saya berhenti jadi live host . Selepas itu, saya buat affiliate pula. Bila affiliat e ini, saya tak perlu buat live hari-hari, boleh ikut masa bila saya larat. Ini kerana selepas terbabit kemalangan, saya akan jadi cepat penat.
"Bila buat affiliate ', jadi kembali masalah saya buat live host ," katanya kepada Harian Metro.
Katanya, masalah kesihatan berulang dihadapinya itu juga menyebabkan dia memikirkan untuk menghasilkan karya lukisan semula.
Hasil kata-kata semangat yang diberikan suami, dia mula menghasilkan karya lukisan pada awal tahun ini.
"Tahun ini baru saya mula. Karya saya hasilkan tidak fokus kepada orang, bunga atau laut tapi lebih kepada apa yang saya rasa dan memfokuskan kepada ketenangan," katanya yang tinggal di Banting, Selangor.
Nik Nuur Syaria'ah berkata, kira-kira 20 lukisan dihasilkannya sehingga kini manakala sebanyak lapan karya sudah dijual.
Katanya, setiap satu karya lukisan itu juga mengambil masa kira-kira sebulan untuk dihasilkan.
Dari segi harga lukisan, dia menjual bermula pada harga RM200 sehingga ke RM5,000 berdasarkan saiz.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:16
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.