
“Saya Viral Satu Malaysia Minggu Ni…” Lelaki Ghana Terkejut Videonya Mendapat Perhatian Khairul Aming
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sebuah video yang pada awalnya dianggap biasa-biasa sahaja bertukar menjadi tular di Malaysia apabila mendapat perhatian pempengaruh terkenal, Khairul Aming. (Google News · video tular (BM), 12:40)
Read the reporting
1 report
“Saya Viral Satu Malaysia Minggu Ni…” Lelaki Ghana Terkejut Videonya Mendapat Perhatian Khairul Aming
Sebuah video yang pada awalnya dianggap biasa-biasa sahaja bertukar menjadi tular di Malaysia apabila mendapat perhatian pempengaruh terkenal, Khairul Aming.
Perkara itu dikongsikan seorang lelaki dari Ghana yang menetap di United Kingdom (UK) menerusi video di media sosialnya selepas mendapati kandungan yang dihasilkan menerima lonjakan tontonan luar biasa, sekali gus mendapat perhatian ramai pengguna di Malaysia.
Menurut lelaki berkenaan, video itu memaparkan pandangannya mengenai keperluan mengembalikan perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang ke dalam kalendar Formula 1 (F1) secara tetap.
Dia pada awalnya tidak menyangka video berkenaan mampu menarik perhatian ramai kerana menganggap pandangan yang dikongsikan itu sesuatu yang biasa dan mungkin dipersetujui oleh kebanyakan peminat sukan permotoran.
Tarik perhatian Khairul Aming
Bagaimanapun, dia mula menyedari sesuatu yang berbeza apabila jumlah tontonan videonya terus meningkat dengan pantas.
“Saya tertanya-tanya, apa yang berlaku? Adakah saya memuat naiknya pada waktu yang tepat atau orang ramai memang begitu bersemangat tentang perkara ini?” katanya.
Keadaan itu membuatkannya semakin keliru sehinggalah dia membaca ruangan komen dan mendapati beberapa pengguna memaklumkan bahawa videonya telah dikongsikan semula oleh Khairul Aming.
Pempengaruh yang mempunyai kira-kira 7.1 juta pengikut itu dipercayai menjadi antara faktor yang membantu videonya mendapat perhatian lebih luas, khususnya dalam kalangan pengguna media sosial di Malaysia.

Dia turut meluahkan rasa tidak menyangka kandungannya boleh muncul di halaman For You Page (FYP) Khairul Aming, sedangkan dirinya berada jauh di UK.

Bukan sekadar nasib, ini perkara yang diperhatikan
Menariknya, lelaki itu turut berkongsi pandangannya mengenai faktor yang mungkin membantu sesebuah kandungan mencapai penonton di luar lingkungan pengikut sedia ada.
Antara perkara yang disebutnya ialah pemilihan masa untuk memuat naik video, penggunaan tanda pagar atau hashtag, selain kebolehan menyampaikan sesuatu perkara dengan jelas supaya mudah difahami oleh penonton antarabangsa.

Menurutnya, cara penyampaian yang jelas juga memainkan peranan penting kerana penggunaan bahasa atau slanga yang terlalu khusus kepada sesuatu tempat mungkin menyukarkan penonton dari negara lain memahami kandungan berkenaan.
Dia berpendapat, pencipta kandungan tidak semestinya perlu mempunyai pengikut yang ramai atau dikenali di kawasan tempat tinggal sendiri untuk mendapat perhatian di media sosial.
-  “Macam Di Jepun...” Lelaki Indonesia Puji Suasana Kampung Di Malaysia, Kagum Bersih Dan Rapi
Tidak akan tahu siapa yang sedang menonton
Menerusi perkongsian itu, dia turut menitipkan pesanan kepada mereka yang sedang berusaha menghasilkan kandungan di media sosial supaya tidak mudah berputus asa.
Katanya, pencipta kandungan tidak akan tahu siapa yang sedang menonton video mereka dan sejauh mana kandungan itu boleh tersebar.
Malah, seseorang tidak semestinya perlu bergantung pada rakan-rakan, penduduk di bandar sendiri atau masyarakat di negara sendiri untuk mendapatkan perhatian.
Sebaliknya, platform seperti TikTok membuka peluang kepada kandungan seseorang untuk ditemukan oleh penonton dari pelbagai tempat, termasuk mereka yang berada di negara lain.
Perkongsian itu menjadi peringatan bahawa sesuatu kandungan yang dianggap biasa oleh penciptanya mungkin mempunyai daya tarikan tersendiri kepada penonton lain.
Justeru, mereka yang sedang membina nama dalam dunia penciptaan kandungan digalakkan untuk terus berkarya kerana peluang untuk ditemukan oleh khalayak yang lebih luas sentiasa terbuka.
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News · video tular (BM)) source
- StateOver
single source and no mention for 24h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · video tular (BM)12:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News · video tular (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.