
SCIB cadang tukar juruaudit, operasi projek dijangka tidak terjejas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUCHING: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mencalonkan Morison LC PLT sebagai juruaudit luar baharu bagi menggantikan Kreston John & Gan, tertakluk kepada penyelesaian prosedur dan keperluan kawal selia berkaitan. (Berita Harian, 22:46)
Read the reporting
1 report
SCIB cadang tukar juruaudit, operasi projek dijangka tidak terjejas
KUCHING: Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) mencalonkan Morison LC PLT sebagai juruaudit luar baharu bagi menggantikan Kreston John & Gan, tertakluk kepada penyelesaian prosedur dan keperluan kawal selia berkaitan.
Menurut siaran media SCIB, syarikat itu sudah menyampaikan hasrat berkenaan kepada Kreston John & Gan melalui surat bertarikh 7 Oktober lalu serta meminta kelulusan yang diperlukan bagi memudahkan cadangan pertukaran juruaudit.
SCIB menyatakan cadangan itu adalah sebahagian daripada pengaturan tadbir urus korporat dan pelaporan kewangannya. Syarikat akan melaksanakan prosedur berkaitan mengikut keperluan berkanun serta kawal selia yang berkenaan.
Menurut syarikat itu, pertukaran yang dicadangkan dijangka tidak menjejaskan operasi perniagaan atau komitmen projek yang sedang berjalan. Aktiviti pembinaan, kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta sistem binaan berindustri (IBS) di Sarawak dan Sabah akan diteruskan seperti dirancang.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Michael Tan Thian Zhi, berkata keutamaan syarikat adalah memastikan proses pelaporan kewangan berjalan secara berterusan sepanjang peralihan berkenaan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kreston John & Gan atas perkhidmatan dan sumbangan profesionalnya kepada SCIB.
"Semasa kami melaksanakan peralihan ini, keutamaan kami tetap memastikan kesinambungan dalam proses pelaporan kewangan kami sambil mengekalkan piawaian tadbir urus dan ketelusan yang diharapkan daripada syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama," katanya dalam siaran media berkenaan.
"Operasi kami kekal tertumpu pada penyampaian projek sedia ada kami dan memenuhi komitmen kami kepada pelanggan, rakan kongsi perniagaan dan pemegang saham," katanya.
Thian Zhi berkata syarikat berhasrat bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memastikan peralihan berjalan lancar. "Pada masa yang sama, kami kekal komited untuk melaksanakan buku pesanan kami, mengukuhkan kecekapan operasi dan membina kemajuan yang dicapai di Sabah sejak beberapa bulan kebelakangan ini," katanya.
Dalam perkembangan perniagaannya, SCIB menyatakan kumpulan memperoleh empat projek di Sabah sejak April 2026 dengan nilai keseluruhan kira-kira RM90.28 juta. Projek berkenaan membabitkan kerja di SMK Balaban Jaya di Beluran, Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Kebangsaan Kaingaran di Tambunan serta blok asrama pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Pada 19 Ogos lalu, anak syarikat milik penuhnya, SCIB Ecobuild Sdn Bhd, memeterai perjanjian pembangunan bersama bagi cadangan pembangunan kediaman bertingkat tinggi sebanyak 144 unit di Penampang, Sabah. Projek itu mempunyai anggaran nilai pembangunan kasar kira-kira RM83.19 juta.
SCIB turut mengumumkan cadangan pemerolehan hartanah di Kolombong, Kota Kinabalu, pada September lalu dengan harga RM15.20 juta. Hartanah berkenaan merangkumi enam lot kedai dua tingkat sedia ada yang disewa dan dua petak tanah belum dibangunkan, yang menurut syarikat menawarkan peluang pendapatan sewa berulang, pembangunan masa depan serta penubuhan pejabat cawangan di Sabah.
Menurut SCIB, kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek secara berdisiplin, pengurusan kos berkesan dan pembiayaan berhemat bagi memperkukuh buku pesanan serta membina kehadiran jangka panjang di Malaysia Timur.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian22:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.