Malaysian Attention Engine
Live wire
50Dua beradik maut terperangkap dalam rumah terbakar46Business : Malaysia's Economy Expands 5.3 Pct In 3Q 2026, Growth Across Sectors -- DOSM45Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran36Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards36PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang35General : 44 Leatherback Turtle Eggs Laid In Marang Found Unfertilised - DOF35Time for PAS to take over opposition leader role, says Puad35PH reps slam Negeri Sembilan govt over postponed legislature sitting35Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri35General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents34Pegawai kerajaan maut ditikam suami34China says can ‘easily win’ confrontation with Philippines
NewConfirmedupdated 1 h ago

'Sediakan pakaian bersih', permintaan terakhir suami

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 10:51 MYTLatest activity 16 Oct, 10:56BMconfidence 80%

What happened

'Sediakan pakaian bersih', permintaan terakhir suami (Harian Metro, 10:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

'Sediakan pakaian bersih', permintaan terakhir suami

By Alias Abd Rani · 16 Oct, 10:51 MYT

am@hmetro.com.my

Muar: "Arwah beberapa kali minta saya sediakan pakaian bersih. Barulah saya tahu itu adalah permintaan terakhirnya sebelum dia pergi buat selama-lamanya."

Ini kata Azira Abdul Karim, 37, mengenai pemergian suaminya, Muhammad Goy Wee San Abdullah, 45, yang maut selepas terbabit dalam kemalangan ketika menghantar pesanan di Melaka, 10 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Jalan Utama Kandang–Ayer Molek itu, Muhammad Goy yang bekerja sebagai penghantar makanan mengalami kecederaan parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka sebelum disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

Menurut Azira, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum menerima panggilan daripada ibu saudaranya yang memaklumkan polis menghubunginya berhubung kemalangan itu.

"Saya fikir hanya kemalangan kecil, tetapi hati berasa tidak sedap. Saya terus mengambil kunci kereta dan bergegas ke tempat kejadian.

"Hati saya luluh melihat keadaan suami yang cedera parah sebelum dia dikejarkan ke Hospital Melaka," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, di sini.

Azira berkata, doktor yang merawat suaminya memintanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berikutan kecederaan parah yang dialami Allahyarham.

"Apabila tiba di hospital, doktor meminta saya menerima dan reda dengan keadaan suami, tetapi ketika itu saya masih tidak dapat menerimanya.

"Selepas kemalangan itu, barulah saya teringat kata-katanya yang berulang kali meminta saya menyediakan pakaian bersih sebelum dia keluar mencari rezeki.

"Katanya, pakaian itu mudah digunting jika sesuatu berlaku kepadanya," katanya.

Menurut Azira, dalam tempoh dua minggu sebelum kejadian, suaminya juga beberapa kali meminta dibawa ke pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, Allahyarham mahu menguruskan pertukaran nama dan pindah milik kenderaan, namun dia tidak bersetuju kerana kenderaan itu hasil titik peluh suaminya.

"Saya tidak menyangka semua desakan dan permintaannya itu rupa-rupanya menjadi kenangan terakhir sebelum dia meninggalkan kami sekeluarga," katanya.

Allahyarham meninggalkan Azira serta dua anak lelaki, Muhammad Azri, 15, dan Muhammad Aiman, 13.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Sungai Abong, di sini.

Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan ahli jawatankuasa Persatuan Rakan Grab Malaysia (PRGM) yang diketuai pengerusinya, Shanlee Tan Shamsuri Tan.

Turut hadir, Pegawai Prihatin Sinergi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka, Izrawati Ibrahim.

Shanlee berkata, PRGM menggerakkan wakilnya di Melaka menerusi Timbalan Pengerusi PRGM, Muhamad Akmal Mustapa Akmar, sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

Katanya, tindakan itu diambil bagi membolehkan bantuan segera disalurkan kepada keluarga Allahyarham.

"Antara usaha yang digerakkan PRGM adalah membantu memudahkan urusan tuntutan insurans dengan penyedia platform.

"Kami sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakan pemandu dan penghantar, terutama mereka yang terbabit dalam kemalangan.

"Ada waris yang tidak mengetahui tindakan seterusnya yang perlu diambil bagi meneruskan kehidupan," katanya.

Beliau turut menghargai usaha PERKESO Melaka menziarahi keluarga Allahyarham dan mendapatkan maklumat bagi menyalurkan bantuan di bawah skim perlindungan sosial pekerja gig.

"Antara bantuan yang dijangka diterima ialah faedah pengurusan mayat dan pencen penakat kepada balu," katanya.

Dalam kunjungan itu, PRGM dan PERKESO Melaka menyampaikan bantuan keperluan harian serta sumbangan tunai kepada keluarga Allahyarham.

Selain itu, World Youth Foundation (WYF) turut menyampaikan kelengkapan persekolahan kepada dua anak Allahyarham.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow11:00
Latest 11:28 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 10:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    10:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

'Sediakan pakaian bersih', permintaan terakhir suami
Berita HarianNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.