
Seixas cipta sejarah di Giro di Lombardia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Como: Pelumba muda Perancis, Paul Seixas mencipta kejutan besar apabila memenangi Giro di Lombardia secara solo untuk meraih kejayaan Monumen pertama dalam kariernya, hari ini. (Harian Metro, 00:07)
Read the reporting
1 report
Seixas cipta sejarah di Giro di Lombardia
Como: Pelumba muda Perancis, Paul Seixas mencipta kejutan besar apabila memenangi Giro di Lombardia secara solo untuk meraih kejayaan Monumen pertama dalam kariernya, hari ini.
Pelumba berusia 20 tahun itu melakukan serangan 19 kilometer (km) sebelum garisan penamat di Como dan berjaya mengekalkan kelebihan untuk muncul juara di depan pelumba Sepanyol, Enric Mas dan pelumba Itali, Giulio Ciccone.
Kemenangan itu menamatkan penguasaan Tadej Pogacar yang memenangi perlumbaan berkenaan lima tahun berturut-turut, namun pelumba Slovenia itu tidak mengambil bahagian selepas mengalami kemalangan pada Vuelta a Espana dua bulan lalu.
Seixas meraih Monumen pertamanya dalam penampilan ketiga di perlumbaan berprestij itu selepas menduduki tempat ketujuh tahun lalu dan naib juara Liege-Bastogne-Liege di belakang Pogacar.
"Ini tak masuk akal, rasanya seperti mimpi. Semuanya berjalan sempurna. Saya mempunyai kaki yang luar biasa dan merasakan hari ini adalah hari yang baik.
"Saya berjaya mencipta perbezaan pada masa yang saya pilih," katanya.
Seixas yang menduduki tempat keempat Tour de France tahun ini, melancarkan serangan di pendakian Civiglio ketika perlumbaan berbaki 19km.
Tom Pidcock dari Britain dan Ciccone menjadi dua pelumba yang mampu mengekori serangan itu sebelum Seixas meninggalkan mereka beberapa ratus meter kemudian.
Dia kemudian mengharungi baki 18km secara solo untuk muncul pemenang Monumen termuda sejak 1944, selain menjadi juara termuda dalam sejarah Giro di Lombardia.
Pelumba Decathlon-CMA CGM itu menjadi pelumba Perancis pertama memenangi Monumen sejak Julian Alaphilippe menjuarai Milan-San Remo pada 2019.
Dia juga pelumba Perancis pertama memenangi Giro di Lombardia sejak Thibaut Pinot pada 2018.
Kemenangan itu hadir hanya dua minggu selepas Seixas berdepan kekecewaan besar di Kejohanan Dunia apabila sekadar menduduki tempat ke-15 walaupun bermula sebagai antara pelumba pilihan.
"Selepas kejohanan itu, saya teruskan dengan perkara lain dan berlatih keras untuk sampai ke sini. Ini luar biasa," katanya.
Perlumbaan sejauh 239km dari Bergamo ke Como itu turut dimulakan dengan protes selama lima minit oleh peloton bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pelumba susulan beberapa insiden membabitkan kenderaan di laluan perlumbaan.
Selepas kiraan detik pelepasan selesai, peloton kekal tidak bergerak sebelum juara Olimpik dua kali, Remco Evenepoel tampil menjelaskan tindakan pelumba.
Protes itu dilakukan beberapa hari selepas Thomas Gloag dan Marcel Camprubi dilanggar motosikal polis ketika perlumbaan Tre Valli Varesine, manakala pelumba Britain, Finlay Tarling maut selepas terbabit dalam perlanggaran dengan kenderaan ketika Tour of Portugal pada Ogos lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro00:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.