Sejam dikejar polis, pasangan kekasih Proton Saga merah tular positif dadah, ada rekod lampau
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MELAKA – Adegan beberapa kereta peronda (MPV) polis mengejar sebuah Proton Saga merah yang tular pada petang Rabu membawa kepada penahanan pasangan kekasih yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan selepas dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis.Menurutnya, kejadian bermula jam 6.20 petang apabila anggota Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Teng (Sinar Harian, 13:46)
Read the reporting
1 reportSejam dikejar polis, pasangan kekasih Proton Saga merah tular positif dadah, ada rekod lampau
MELAKA – Adegan beberapa kereta peronda (MPV) polis mengejar sebuah Proton Saga merah yang tular pada petang Rabu membawa kepada penahanan pasangan kekasih yang mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan selepas dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan polis.Menurutnya, kejadian bermula jam 6.20 petang apabila anggota Task Force Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah mengesan kereta itu dalam keadaan mencurigakan berhampiran sebuah pangsapuri di Tengkera."Pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju ketika cuba ditahan untuk pemeriksaan sebelum dikejar melalui beberapa laluan utama di sekitar Melaka."Suspek dipercayai memandu secara berbahaya, termasuk melakukan pergerakan zigzag serta melawan arus bagi mengelakkan diri daripada ditahan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Pada Rabu, tular di aplikasi Threads beberapa rakaman video yang memaparkan aksi sekurang-kurangnya lapan kenderaan polis mengejar Proton Saga merah itu di beberapa lokasi, termasuk Jalan Istana dan Batu Berendam.Katanya, aksi mengejar sejauh 30 kilometer yang mengambil masa sekitar satu jam berakhir di jalan mati berhampiran Masjid Saidina Umar Abdul Aziz, Kampung Sungai Putat, apabila kedua-dua suspek meninggalkan kenderaan dan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan anggota polis.Beliau berkata, seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas berlaku pergelutan dengan suspek lelaki ketika proses tangkapan.Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing."Semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai lapan rekod, iaitu tujuh berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah."Suspek wanita pula mempunyai 11 rekod lampau, dengan 10 daripadanya berkaitan narkotik dan satu berkaitan jenayah," katanya.Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula 15 hingga 18 Oktober ini bagi membantu siasatan lanjut.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Halim menegaskan bahawa tindakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis dan memandu secara berbahaya boleh mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya lain.Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berkaitan kejadian itu.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian13:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.