
Sejarah Pasukan F PDRM disimpan untuk generasi akan datang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sumbangan Pasukan F, unit risikan rahsia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang dalam senyap menentang ancaman komunis kini didokumentasikan secara kekal sebagai rujukan dan penyelidikan generasi akan datang. (Utusan Malaysia, 16:11)
Read the reporting
1 report
Sejarah Pasukan F PDRM disimpan untuk generasi akan datang
KUALA LUMPUR: Sumbangan Pasukan F, unit risikan rahsia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang dalam senyap menentang ancaman komunis kini didokumentasikan secara kekal sebagai rujukan dan penyelidikan generasi akan datang.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj, berkata rakaman dan hasil perkongsian tokoh pengkisah dan sejarah Pasukan F akan disimpan di Arkib Negara Malaysia.
“Sejarah negara tidak hanya dibentuk oleh peristiwa yang diketahui umum.
“Ada perjuangan yang berlangsung dalam senyap tetapi membawa kesan besar kepada keselamatan negara,” katanya semasa merasmikan Majlis Pengkisahan Sejarah Pasukan F “Wira dalam Senyap, Benteng Keselamatan Negara” di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, walaupun Pasukan F adalah kecil dari segi keanggotaan, pasukan itu memikul tanggungjawab besar mengesan pergerakan, membongkar rangkaian dan mengenal pasti kedudukan pengganas komunis sebelum operasi dirancang.
“Pasukan F ditubuhkan pada 1 Mac 1971 di bawah pimpinan Senior Assistant Commissioner (SAC) Datuk Dr. Leong Chee Who sebagai ketua pertama dengan hanya 17 anggota pada peringkat awal.
“Tetapi sumbangan sesebuah pasukan tidak ditentukan oleh jumlah anggotanya tetapi oleh keberanian, komitmen dan tanggungjawab yang dilaksanakan,” katanya.
Yuneswaran berkata, pendokumentasian itu selaras fungsi Arkib Negara Malaysia dalam mengesan, memperoleh dan memelihara khazanah warisan negara, selain membantu melengkapkan jurang bahan rujukan sejarah.
Jelasnya, sejarah keselamatan dan agenda perpaduan tidak boleh dilihat secara terpisah kerana keamanan menjadi asas kestabilan dan kepercayaan dalam masyarakat.
“Usaha menghayati sejarah ini, selari dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030 dalam memupuk patriotisme dan memperkukuh perpaduan, khususnya dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid berkata, walaupun semua kejayaan tidak dapat disaksikan masyarakat, namun setiap pengorbanan anggota Pasukan F tetap menjadi sebahagian warisan institusi yang wajar dikenang.
Katanya, kewujudan pasukan rahsia itu hanya diketahui umum pada Disember 2016, iaitu 21 tahun selepas dibubarkan.
“Tugas Pasukan F memperlihatkan keberanian dan kebijaksanaan PDRM mempertahankan kepentingan negara walaupun kewujudannya dirahsiakan.
“Oleh itu, inisiatif pengkisahan ini langkah proaktif untuk menyingkap kembali sejarah lalu dan menjadi pedoman kepada warga PDRM hari ini,” katanya. – UTUSAN
The post Sejarah Pasukan F PDRM disimpan untuk generasi akan datang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.