Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Sejarah perundangan mentakrifkan Raja Negeri Sembilan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:28 MYTLatest activity 17 Oct, 09:28BMconfidence 60%

What happened

LAZIMNYA, Raja ialah Sultan mewarisi takhta. Di Negeri Sembilan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 mentakrifkan 'Raja' sebagai Yang di-Pertuan Besar bersama Pembesar Memerintah, iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau serta Tunku Besar Tampin (Perkara 28(1)). (Berita Harian, 09:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·4 min read

Sejarah perundangan mentakrifkan Raja Negeri Sembilan

By Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain · 17 Oct, 09:28 MYT

LAZIMNYA, Raja ialah Sultan mewarisi takhta. Di Negeri Sembilan, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 mentakrifkan 'Raja' sebagai Yang di-Pertuan Besar bersama Pembesar Memerintah, iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau serta Tunku Besar Tampin (Perkara 28(1)).

Takrif ini berpunca daripada perjanjian purba yang menjadi amanah kedaulatan tempatan. Amanah itu dipelihara Pembesar Memerintah melalui memorandum mereka pada 1956, sehingga termaktub dalam UUTKNS 1959.

Negeri Sembilan tidak dibentuk dari atas ke bawah. Luaknya wujud lebih awal daripada institusi Yang di-Pertuan Besar dan Undang yang memilih Raja. Tertib ini diungkapkan dalam perbilangan 'alam beraja, negeri berpenghulu, suku bertua', iaitu Negeri Sembilan beraja, luak berundang dan suku berlembaga.

Tertib adat ini kemudian dimeteraikan dalam dua perjanjian. Perjanjian 1895 menyatukan pemerintah setiap luak sebagai pihak yang setara dan menegaskan tiada seorang pun memperoleh kuasa ke atas luak pemerintah lain.

Perjanjian 29 April 1898 antara Yam Tuan atau Yang di-Pertuan Muhammad dengan Undang Yang Empat pula merekodkan tiga perkara.

Pertama, Undang memilih baginda menjadi Raja majmuk 'menurut perlembagaan purba'. Kedua, baginda tidak boleh mencampuri adat negeri dan hukum syarak di luak. Ketiga, urusan setiap luak tidak tertakluk kepada titah baginda. Perjanjian itu juga menetapkan apabila Yang di-Pertuan mangkat, Undang bersama pegawai warisan mereka memilih pengganti menurut adat yang sama.

Inilah amanah kedaulatan tempatan. Kedaulatan tidak diserahkan kepada pihak luar. Perjanjian dengan British bersifat perlindungan dan Residen hanya dirujuk dalam perundingan.

Amanah itu juga bersifat dua hala. Yang di-Pertuan Seri Menanti memegang amanah sebagai wakil dipilih Undang. Undang pula memegang amanah adat di luak masing-masing. Had kuasa itu diakui Raja, iaitu mereka sendiri sebagai akad pemerintahan.

Amanah ini tergugat pada 1948. Perlembagaan Negeri Sembilan 1948 meletakkan kuasa eksekutif pada Yang di-Pertuan sahaja dan hak Undang dikurangkan. Menurut Undang sendiri, Perlembagaan itu disalin daripada model disediakan untuk semua negeri, sedangkan Negeri Sembilan berbeza.

Pada 12 Julai 1956, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Reid. Ia dibuka dengan peringatan bahawa institusi yang sudah teruji oleh zaman tidak wajar dihapuskan secara tergesa-gesa kerana institusi itulah benteng Persekutuan yang baharu.

Tiga asas Perjanjian 1898 dikekalkan

Memorandum itu menuntut agar tiga asas Perjanjian 1898 dikekalkan dalam Perlembagaan baharu: Yang di-Pertuan Besar dipilih Undang, Undang berdaulat di luak masing-masing dan Yang di-Pertuan Besar ialah wakil Undang apabila melaksanakan fungsi kuasa Raja.

Memorandum itu juga menegaskan Perjanjian 1898, tanpa rujukan kepada Residen British, ialah batu asas Perlembagaan negeri. Undang bercakap bukan sebagai individu, tetapi 'sebagai pemegang amanah jawatan'.

Dalam pendengaran pada 27 Ogos 1956, peguam mereka mencadangkan agar Yang di-Pertuan Besar mendapatkan persetujuan sekurang-kurangnya tiga daripada empat Undang dalam melaksanakan kuasa seorang Raja.

Amanah itu kemudian termaktub dalam Bahagian Pertama UUTKNS 1959:

• Yang di-Pertuan Besar dipilih oleh Undang menurut adat negeri (Perkara 7(2)).

• Raja ialah gabungan Yang di-Pertuan Besar dengan Pembesar Memerintah (Perkara 28(1)).

• Bagi fungsi budi bicara, termasuk pelantikan Menteri Besar dan urusan agama serta adat Melayu, Raja bermaksud Yang di-Pertuan Besar bersama sekurang-kurangnya tiga daripada empat Undang (Perkara 28(2)).

• Sebagai Ketua Agama Islam, Yang di-Pertuan Besar perlu mendapatkan persetujuan Undang (Perkara 6(2)).

Paling mustahak ialah Perkara 32. Ia menetapkan bahawa, kecuali sebagaimana dinyatakan, Bahagian Pertama tidak menjejaskan 'perlembagaan purba dan adat purba' Negeri Sembilan, yang 'hendaklah berterusan seperti sedia kala'. Istilah perlembagaan purba ini diambil terus daripada Perjanjian 1898. Permintaan memorandum dipenuhi, tanpa rujukan kepada Residen.

Mukadimah UUTKNS 1959 pula mencatatkan undang-undang tubuh itu diisytiharkan Tuanku Abdul Rahman bersama Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin atas prerogatif mereka sendiri.

Lima daripada enam pengisytihar itu ialah penandatangan memorandum 1956. Pihak yang memelihara amanah itu jugalah yang memaktubkannya. Lantaran Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ditandatangani Yang di-Pertuan Besar dan Pembesar Memerintah selaku Raja Negeri Sembilan.

Amanah kedaulatan ini berpaksikan Kitabullah. Adat perpatih sendiri berpegang pada perbilangan 'adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah'. Kedaulatan hakiki milik Allah SWT. Pemerintah, sama ada Yang di-Pertuan Besar mahupun Undang, ialah pemegang amanah. Allah SWT memerintahkan agar amanah disampaikan kepada ahlinya dan hukum ditetapkan dengan adil (al-Nisa', 4:58), dan memuji mereka yang urusannya diputuskan secara syura (al-Syura ayat 38).

Prinsip ini tercermin dalam UUTKNS 1959. Islam ialah agama negeri 'seperti sedia kala' (Perkara 5). Persetujuan Undang dalam urusan agama dan persetujuan tiga daripada empat Undang dalam fungsi budi bicara ialah penzahiran syura dalam bahasa perlembagaan. Selagi adil dan syura dipegang, serta syariat dan adat dijunjung, amanah kedaulatan itu terpelihara.

Takrif dan fungsi Raja Negeri Sembilan tidak boleh difahami dengan meminjam gambaran Raja di negeri lain. Ia perlu dibaca daripada perjanjian purba yang menjadi amanah kedaulatan tempatan, yang dipelihara oleh memorandum Pembesar Memerintah dan termaktub dalam UUTKNS 1959. Struktur inilah yang menjelaskan mengapa keputusan penting memerlukan persetujuan bersama, bukan kehendak seorang.

Oleh itu, sebarang perbincangan mengenai kedudukan dan kuasa institusi Raja di Negeri Sembilan wajar bermula daripada amanah asal yang dipelihara oleh Perkara 32. Pemerintah ialah pemegang amanah; prinsip adil dan syura hendaklah sentiasa dipegang; syariat dan adat hendaklah sentiasa dijunjung. Inilah tertib kedaulatan yang berpaksikan Kitabullah, yang sudahj berabad-abad lamanya menjadi asas negeri berkenaan.

Penulis ialah Profesor Madya Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Tamadun Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 09:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Sejarah perundangan mentakrifkan Raja Negeri Sembilan · Malaysian Attention Engine