
Sekatan ejen tiket ‘online’ tidak rugikan pengusaha bas
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu menyekat penjualan tiket bas ekspres menerusi ejen tiket dalam talian (OTA) yang tidak berlesen bagi memastikan urusan penjualan tiket lebih teratur, selain melindungi pengguna daripada masalah operasi yang sukar dikawal selia. (Kosmo!, 13:19)
Read the reporting
1 report
Sekatan ejen tiket ‘online’ tidak rugikan pengusaha bas
KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu menyekat penjualan tiket bas ekspres menerusi ejen tiket dalam talian (OTA) yang tidak berlesen bagi memastikan urusan penjualan tiket lebih teratur, selain melindungi pengguna daripada masalah operasi yang sukar dikawal selia.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu tidak akan merugikan syarikat pengendali bas, sebaliknya bertujuan memastikan penjualan tiket dilakukan menerusi terminal yang dilesenkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Beliau berkata, kebanyakan OTA beroperasi dari luar negara dan memperoleh komisen daripada penjualan tiket, namun tidak menyediakan perkhidmatan termasuk pengurusan di terminal.
“Kalau perkhidmatan itu tidak dijalankan, nak dapat bayaran balik dan sebagainya, kita tidak boleh kawal selia.
“Jadi, kita mengambil langkah ini untuk memastikan penjualan tiket serta pengurusan terminal dan tiket menjadi lebih baik,” katanya ketika sidang akhbar Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas isu penjualan tiket bas ekspres menerusi terminal berlesen yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengusaha bas.
Terdahulu, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali dilaporkan berkata pihaknya menerima makluman mengenai ketetapan baharu APAD menerusi surat yang dikeluarkan agensi itu, namun mendakwa tiada rundingan atau perbincangan dilakukan bersama persatuan berkenaan.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, satu sesi libat urus akan diadakan bagi menerangkan pelaksanaan dasar itu kepada pihak berkaitan.
“Kita telah memastikan pihak terminal tidak boleh mengenakan caj lebih daripada kadar sedia ada. Malah kita harap dia dapat rendahkan caj itu dan memberikan pulangan yang lebih baik kepada pihak syarikat bas.
“Dari segi transaksi, ia antara pihak terminal dengan syarikat pengusaha bas. Kita hanya membuat keputusan dasar,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Sekatan ejen tiket ‘online’ tidak rugikan pengusaha bas appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.