
Selangor catat aduan tertinggi menerusi MyLapor
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Selangor catat aduan tertinggi menerusi MyLapor (Harian Metro, 13:41)
Read the reporting
1 report
Selangor catat aduan tertinggi menerusi MyLapor
nurul_husna@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Selangor mencatatkan jumlah aduan tertinggi menerusi sistem MyLapor, dengan 358 kes, sejak ia dilancarkan secara rasmi bagi tempoh 12 hingga 15 Oktober lalu.
MyLapor adalah saluran aduan digital untuk orang ramai melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung kesalahan merokok dan penggunaan vape di kawasan larangan merokok.
Ia mula beroperasi pada 12 Oktober turut dibangunkan bagi membantu penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).
Program Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan media memberitahu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memegang rekod kedua tertinggi dengan 210 aduan, diikuti Johor sebanyak 160 aduan.
Menurut KKM, kebanyakan aduan yang diterima tertumpu di kawasan tempat makan yang kini terus diberi perhatian utama dalam aktiviti pemantauan serta penguatkuasaan.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 1,113 aduan diterima menerusi sistem MyLapor sehingga jam 2 petang, 15 Oktober.
"Daripada jumlah terbabit, sebanyak 471 aduan sudah berjaya ditutup, manakala 347 ialah aduan baharu, 232 sedang dalam siasatan dan 63 lagi dalam proses penyelesaian serta maklum balas," katanya.
Mengulas mengenai tindakan susulan dan tindakan undang-undang, KKM mengesahkan sebanyak 216 kompaun sudah dikeluarkan hasil tindakan penguatkuasaan berhubung kesalahan di bawah Akta 852.
Bagi memastikan maklum balas pantas, KKM menetapkan sasaran 48 jam bagi proses verifikasi dan penyelesaian aduan yang merangkumi semakan, pengesahan maklumat serta tindakan susulan oleh pihak berkuasa berkaitan.
Bagaimanapun, bagi kes aduan yang lebih kompleks, ia dijangka mengambil masa sehingga dua minggu untuk diselesaikan secara menyeluruh.
Melalui MyLapor, orang ramai boleh membuat laporan melalui aplikasi MySejahtera, mengimbas kod QR MyLapor yang dipamerkan di premis, atau menggunakan laman sesawang MyLapor.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.