
Selangor Techsphere Summit 2026 tarik penyertaan 25 negara, kukuh hab teknologi
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Selangor Techsphere Summit 2026 tarik penyertaan 25 negara, kukuh hab teknologi (Google News Malaysia (BM), 12:24)
Read the reporting
1 report
Selangor Techsphere Summit 2026 tarik penyertaan 25 negara, kukuh hab teknologi
Kuala Lumpur: Selangor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab teknologi industri utama serantau apabila sebanyak 25 negara mengesahkan penyertaan dalam Selangor Techsphere Summit 2026 (STS 2026) yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula 14 Oktober ini.
Penganjuran kali kedua oleh Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) itu menyaksikan lonjakan keyakinan pemain industri global dengan pembabitan lebih 33 syarikat terkemuka berbanding penganjuran sulung tahun lalu.
Ketua Eksekutif STDC, Dr Harizal Hamid berkata, peningkatan penyertaan pempamer antarabangsa itu membuktikan reputasi acara berkenaan yang semakin kukuh dalam lipatan industri pembuatan termaju dan teknologi tinggi.
Menurutnya, pada penganjuran STS 2025, 21 syarikat telah mengesahkan penyertaan sebagai pempamer, manakala edisi kali ini mencatatkan peningkatan menggalakkan daripada 33 syarikat terkenal dunia.
"STS 2026 diadakan sebagai komponen penting di bawah Selangor International Business Summit 2026 (SIBS 2026) yang menghimpunkan persidangan teknologi, pameran industri serta peluang jaringan perniagaan antarabangsa secara bersepadu.
"Antara syarikat serta organisasi teknologi antarabangsa terkemuka yang telah mengesahkan kehadiran termasuk BMW Group, Google, Festo dan KNX Association yang bakal mengetengahkan kepakaran masing-masing," katanya dalam kenyataan.
Membawa tema "Where Industry, Technology and Government Connect", STS 2026 menyediakan platform strategik yang menghubungkan pemain industri, penyedia teknologi, jurutera, pelabur, pemimpin perniagaan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung.
"Persidangan dan pameran ini bertujuan meneroka pelbagai penyelesaian teknologi terkini yang bakal membentuk masa depan industri berasaskan pembuatan termaju serta automasi.
"Bagi mengukuhkan penanda aras antarabangsa, STS 2026 meneruskan kerjasama strategik untuk tahun kedua berturut-turut bersama Deutsche Messe, iaitu organisasi penganjur pameran perdagangan teknologi perindustrian terkemuka dunia, Hannover Messe dari Jerman.
"Langkah berkenaan membolehkan STS 2026 memanfaatkan reputasi global Hannover Messe dalam memacu transformasi industri, mempamerkan inovasi terkini serta mempertemukan para pembuat keputusan dan pakar teknologi dari pelbagai pelosok dunia," katanya.
Dalam pada itu, penganjuran SIBS 2026 secara keseluruhannya mensasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dari pelbagai negara pelabur utama termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Australia, Britain, Kanada, New Zealand, Singapura, Indonesia serta tuan rumah Malaysia.
Gandingan penganjuran SIBS 2026 dan STS 2026 sepanjang empat hari itu dijangka menjadi pemangkin utama kerajaan negeri Selangor dan STDC untuk memperkukuh jaringan ekonomi bernilai tinggi, memacu TVET 4.0, serta merancakkan perbincangan merangkumi kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, tadbir urus dan pembangunan bakat tempatan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)12:24
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.