Malaysian Attention Engine
Live wire
54Politics : DAP Reps Who Fail To Meet KPIs Risk Not Being Renominated - Loke47Politics : No Issues With PH Seat Allocation In Melaka – Adam Adli44Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir44General : UNESCO Recognition Does Not Guarantee Silat's Survival - Saarani39Kapal tangki minyak terkena periuk api di Selat Hormuz351,359 jenayah komersial di Kelantan dalam tempoh 9 bulan35Malam meraikan 22 tahun perjalanan seni Jaclyn Victor35General : Surge In HRD Corp Grant Applications Reflects Positive Reforms - Ramanan35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'34Letupan, kebakaran di pangkalan tentera Kanada ragut beberapa nyawa34Elon Musk perkenalkan kereta terbang Tesla
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

'Semalam ada ular sawa besar kelihatan di kawasan rumah' - Mangsa banjir bimbang pulang ke kediaman ditenggelami banjir

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 13:38 MYTLatest activity 18 Oct, 13:38BMconfidence 60%

What happened

Hanya semalam pulang ke kampung, rumah di Bukit Mertajam dilanda banjir (Berita Harian, 13:38)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

'Semalam ada ular sawa besar kelihatan di kawasan rumah' - Mangsa banjir bimbang pulang ke kediaman ditenggelami banjir

18 Oct, 13:38 MYT

BUKIT MERTAJAM: Hasrat seorang pengawal keselamatan menikmati cuti singkat di kampung halamannya di Perlis bertukar cemas selepas dimaklumkan rumahnya di Kampung Kubang Semang, di sini, ditenggelami banjir kilat, semalam.

Ab Ghani Abdullah, 49, berkata dia bersama keluarga pulang bermalam di Perlis pada Jumaat lalu.

Katanya, sebelum bertolak, dia sempat mengalihkan beberapa kenderaan kecuali motosikal ke kawasan lebih tinggi sebagai langkah berjaga-jaga berikutan cuaca kerap hujan.

"Kami pulang ke kampung untuk satu malam sahaja, memang berasa tidak sedap hati kerana hujan di mana-mana.

"Ketika sedang tidur di kampung, saya menerima panggilan daripada rakan yang memberitahu air sudah naik di kawasan rumah," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti, di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata, dia sekeluarga bergegas pulang dan tiba kira-kira jam 10 malam tadi, namun terpaksa mendaftar di PPS kerana laluan ke rumahnya masih dinaiki air hingga kira-kira satu meter.

Dia yang menetap di kawasan itu sejak enam tahun lalu berkata, keluarganya sudah empat kali berdepan musibah banjir, mengakibatkan kerosakan harta benda dan perabot, selain ancaman haiwan berbisa dan litar pintas.

"Semalam ada ular sawa besar kelihatan di kawasan rumah, ada juga risiko haiwan berbisa lain dan kejadian litar pintas.

"Sebab itu sangat berbahaya untuk memasuki rumah ketika air masih tinggi," katanya yang kini berlindung di PPS bersama empat ahli keluarga, termasuk adiknya yang juga orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, seorang pengurus kilang, Khairun Najwa Md Noor, 37, berkata, dia mengambil keputusan membawa ibunya yang berusia 78 tahun dan menghidap penyakit kanser ke PPS demi keselamatan serta kemudahan akses rawatan.

"Saya mendiami rumah pusaka berusia lebih 100 tahun bersama ibu, suami, dan dua anak.

"Ketika kejadian, air naik begitu cepat. Walaupun rumah sudah diubah suai untuk berdepan situasi banjir, kami tetap tidak boleh berbuat apa-apa, tambahan pula berlaku fenomena air pasang.

"Ibu pula uzur dan matanya sudah tidak nampak, saya risau dan mengajaknya berpindah ke PPS buat sementara waktu kerana kemudahan pasukan perubatan ada di sini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Datuk Kamarul Haizal Koderat berkata, seramai 36 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:00
Latest 14:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 13:38 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.