
Seni rebana masih ‘bernyawa’ di Kampung Terang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KETIKA kebanyakan anak muda hari ini lebih cenderung menghabiskan masa dengan telefon pintar dan media sosial, sekumpulan belia di Kampung Terang, Balik Pulau di Pulau Pinang memilih memikul tanggungjawab bagi memastikan seni rebana, kompang dan silat terus hidup sebagai warisan masyarakat Melayu. (Utusan Malaysia, 10:00)
Read the reporting
1 report
Seni rebana masih ‘bernyawa’ di Kampung Terang
KETIKA kebanyakan anak muda hari ini lebih cenderung menghabiskan masa dengan telefon pintar dan media sosial, sekumpulan belia di Kampung Terang, Balik Pulau di Pulau Pinang memilih memikul tanggungjawab bagi memastikan seni rebana, kompang dan silat terus hidup sebagai warisan masyarakat Melayu.
Usaha itu digerakkan menerusi Seni Warisan Pusaka Anak Rebana, yang aktif mengadakan persembahan di pelbagai majlis.
Ia bertujuan melahirkan generasi pelapis bagi memastikan seni tradisional tersebut tidak tenggelam ditelan arus pemodenan.
Ahlinya, Muhammad Haris Danial Muhammad Syahril berkata, kumpulan seni warisan itu kini mempunyai kira-kira 30 ahli aktif.
Mereka terdiri daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa yang dilatih secara berperingkat mengikut minat masing-masing.
Ketika ini, mereka sering menerima jemputan mengadakan persembahan pada majlis perkahwinan, sambutan rasmi kerajaan, program kemerdekaan dan acara melibatkan kehadiran tetamu dari luar negara.
Katanya, persembahan tidak hanya menampilkan kompang dan rebana, sebaliknya, turut menggabungkan alat muzik tradisional lain seperti canang, tertuang tanduk kerbau dan geduk.
Lebih istimewa, ia turut diserikan dengan silat tari dan silat tempo yang disusun mengikut pakej serta keperluan sesuatu majlis.
“Bagi majlis perkahwinan, kami akan mempersembahkan lagu-lagu asli atau lagu yang diminta oleh tuan rumah.
“Jika lagu itu bersesuaian, kami akan cuba bawakannya untuk memeriahkan majlis,” katanya.
Tempahan tinggi hujung tahun
Bulan November dan Disember menjadi tempoh paling sibuk buat kumpulan ini.
Apa tidaknya, hampir setiap minggu mereka diundang membuat persembahan.
Menurut Muhammad Haris Danial, tempahan meningkat berikutan musim cuti persekolahan dan banyak majlis perkahwinan berlangsung.
Katanya, menerusi jemputan sedemikian secara tidak langsung mereka dapat menyuburkan lagi seni tradisional itu dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda.
Bagaimanapun, dia mengakui yang usaha itu tidak mudah.
Lebih-lebih lagi dengan minat generasi muda yang cenderung ke arah perkembangan teknologi dan penggunaan gajet.
Ia sekali gus menuntut mereka lebih kreatif dalam menarik minat golongan muda untuk mengenali dan menghargai warisan budaya bangsa.
“Memang ada cabaran kerana anak muda sekarang lebih tertumpu kepada gajet.
“Sebab itu kami guna pendekatan melalui persembahan dan aktiviti latihan supaya mereka sendiri dapat merasai keunikan seni ini,” katanya.
Latihan silat
Tambahnya, setiap ahli baharu akan diberikan pendedahan asas permainan kompang dan rebana sebelum diberi latihan silat mengikut kemampuan masing-masing.
Bagi yang berminat mendalami silat, latihan akan diteruskan dengan mempelajari asas tapak, gerakan dan buah silat secara berperingkat supaya lebih yakin ketika membuat persembahan.
“Bagi yang hanya mahu belajar kompang, kami alu-alukan.
“Kalau mahu belajar kompang dan silat sekali pun boleh. Semuanya bergantung kepada minat masing-masing dan juga persetujuan keluarga,” katanya.
Muhammad Haris berkata, kesinambungan seni warisan itu tidak seharusnya dipikul oleh kumpulannya sahaja.
Sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kumpulan seni tradisional lain.
Harapannya adalah untuk melihat lebih ramai anak muda tampil menyertai aktiviti seni tradisional agar warisan Melayu terus berkembang dan tidak pupus ditelan zaman.
“Kalau bukan kita yang mempertahankan warisan ini, siapa lagi?
“Saya berharap agar lebih ramai anak muda dapat bersama-sama mengangkat martabat seni kompang, rebana dan silat supaya ia terus hidup serta menjadi kebanggaan generasi akan datang,” katanya.
The post Seni rebana masih ‘bernyawa’ di Kampung Terang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.