
Serangan di Selat Hormuz catat rekod tertinggi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON: Bilangan kapal yang melaporkan serangan di dalam dan sekitar Selat Hormuz mencatat rekod tertinggi, menurut analisis berdasarkan data agensi maritim United Kingdom (UK). (Utusan Malaysia, 09:30)
Read the reporting
1 report
Serangan di Selat Hormuz catat rekod tertinggi
LONDON: Bilangan kapal yang melaporkan serangan di dalam dan sekitar Selat Hormuz mencatat rekod tertinggi, menurut analisis berdasarkan data agensi maritim United Kingdom (UK).
Menurut BBC Verify, sebanyak 12 kapal diserang antara 5 hingga 11 Oktober, jumlah serangan mingguan tertinggi yang dilaporkan kepada agensi Operasi Perdagangan Maritim UK (UKMTO) sejak perang antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran bermula.
Pada minggu sebelumnya, 10 kapal melaporkan menjadi sasaran serangan. Menurut UKMTO, enam kapal diserang Ahad lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh sehari dan setakat minggu ini, empat lagi serangan dilaporkan.
Ketika jumlah serangan meningkat, pemulihan penghantaran minyak melalui selat itu yang dicatatkan bulan lalu kembali perlahan, menurut data industri.
Data firma risikan perdagangan Kpler menunjukkan kira-kira 12.6 juta tong minyak sehari melalui Selat Hormuz pada 13 Oktober, lebih rendah berbanding 15 juta tong sehari yang direkodkan pada akhir September.
Pakar berkata, Teheran menyerang kapal bagi mengukuhkan kawalannya terhadap laluan perairan itu, ketika tentera AS meningkatkan jumlah kapal tangki yang diiringinya melalui bahagian selatan selat berkenaan bagi mengelakkan serangan Iran.
Menurut pakar, Iran turut memperluas serangannya dengan menyasarkan kapal berhampiran pantai negara Arab Teluk dan di Teluk Oman.
Peningkatan serangan baru-baru ini berlaku ketika data Tentera Laut AS menunjukkan jumlah kapal yang dibantu untuk melalui Selat Hormuz dalam tempoh 10 hari pertama Oktober meningkat 85 peratus berbanding tempoh sama pada Ogos.
Kebanyakan minyak yang dihantar dari negara Arab Teluk sejak kebelakangan ini menggunakan sistem ulang-alik melibatkan sekumpulan kapal tangki yang memuatkan minyak dan melalui selat itu sebelum memindahkan kargo kepada kapal tangki lebih besar di Teluk Oman.
Kapal tangki yang beroperasi secara ulang-alik itu menggunakan laluan berhampiran pantai Oman. Namun, Iran menganggap laluan tersebut tidak dibenarkan dan mengarahkan kapal menggunakan laluan alternatif yang lebih hampir dengan pantainya.
Ketua Pegawai Eksekutif Orbital Risk Intelligence, Martin Kelly berkata, Iran mengubah strateginya sebagai tindak balas terhadap pengurangan kawalannya ke atas selat itu dan kini melancarkan serangan hampir setiap hari atau beberapa kali dalam sehari.
The post Serangan di Selat Hormuz catat rekod tertinggi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.