
Serangan peribadi ‘panaskan’ debat calon Presiden Brazil
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SAO PAULO: Debat pertama antara Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan senator berhaluan kanan, Flavio Bolsonaro, bertukar tegang apabila kedua-dua calon saling melontarkan tuduhan rasuah dan pembohongan, menjelang pilihan raya presiden yang dijangka sengit. (Utusan Malaysia, 09:30)
Read the reporting
1 report
Serangan peribadi ‘panaskan’ debat calon Presiden Brazil
SAO PAULO: Debat pertama antara Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva dan senator berhaluan kanan, Flavio Bolsonaro, bertukar tegang apabila kedua-dua calon saling melontarkan tuduhan rasuah dan pembohongan, menjelang pilihan raya presiden yang dijangka sengit.
Dalam perdebatan panas itu, kedua-dua calon berulang kali melabel satu sama lain sebagai penipu, selain membangkitkan pelbagai skandal dan bertelagah mengenai isu keselamatan awam serta penjagaan kesihatan.
Lula menyifatkan Bolsonaro sebagai ‘kaki penipu dan samseng’, termasuk menggelarkannya anggota militan.
Kenyataan itu merujuk kepada dakwaan hubungan Bolsonaro dengan kumpulan separa tentera di Rio de Janeiro.
Bolsonaro, yang mendahului pusingan pertama pilihan raya dengan memperoleh 47 peratus undi berbanding Lula 45 peratus, mendakwa beliau lebih selesa menjauhkan diri daripada presiden itu kerana bimbang dompetnya dicuri.
“Brazil akan menamatkan kerjaya politik anda,” kata Bolsonaro.
Lula yang hampir mencecah 81 tahun dan berusaha mengekalkan penggal keempat sebagai presiden, berulang kali meminta penonton membuat carian di Google bagi membuktikan dakwaan lawanya itu bohong.
Sepanjang debat itu, Bolsonaro berulang kali mundar-mandir di belakang Lula sambil menggelengkan kepala, tersenyum sinis dan mencemuh ketika lawannya bercakap.
Lula yang beberapa kali cuba mengawal rasa tidak puas hatinya, menuntut penjelasan berhubung siasatan rasuah yang melibatkan Bolsonaro.
Bagaimanapun, lawannya mengelak daripada menjawab soalan itu dan sebaliknya menggelar Lula sebagai ‘badut’.- AFP
The post Serangan peribadi ‘panaskan’ debat calon Presiden Brazil appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.