
Serangan terbaru Israel ragut tujuh nyawa di Gaza
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BAITULMAQDIS: Seramai tujuh orang terbunuh dalam beberapa serangan berasingan Israel di Gaza semalam, dengan tentera Israel berkata tiga daripada mangsa adalah 'anggota operasi ketenteraan'. (Berita Harian, 09:27)
Read the reporting
1 report
Serangan terbaru Israel ragut tujuh nyawa di Gaza
BAITULMAQDIS: Seramai tujuh orang terbunuh dalam beberapa serangan berasingan Israel di Gaza semalam, dengan tentera Israel berkata tiga daripada mangsa adalah 'anggota operasi ketenteraan'.
Perkhidmatan penyelamat pertahanan awam Gaza, berkata enam daripada tujuh mangsa terbunuh di beberapa kawasan di Bandar Gaza.
Menurut perkhidmatan penyelamat dan Hospital Al-Shifa, dua orang terbunuh dalam serangan dron ke atas sebuah kereta, manakala seorang lagi maut dalam serangan dron ke atas sebuah khemah di kawasan penempatan sementara penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Tentera Israel memberitahu AFP bahawa tiga individu yang disasarkan itu adalah 'anggota operasi ketenteraan dalam organisasi pengganas'.
"Dua orang, seorang wanita dan seorang kanak-kanak, terbunuh manakala beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel mengebom sebuah bangunan kediaman di Bandar Gaza," menurut pertahanan awam.
Seorang wanita turut terbunuh akibat bedilan meriam di Bandar Gaza, menurut pegawai kesihatan.
Perkhidmatan pertahanan awam pula melaporkan seorang individu terbunuh akibat tembakan Israel di tenggara Deir al-Balah, di tengah Gaza.
Ketika dihubungi AFP, tentera Israel berkata, pihaknya sedang menyemak laporan mengenai empat lagi mangsa.
Pada Khamis, Hamas menafikan dakwaan Israel bahawa kumpulan itu menggunakan hospital di Gaza untuk aktiviti ketenteraan.
Ia susulan dakwaan tentera Israel sehari sebelumnya bahawa anggota kumpulan bersenjata melancarkan serangan dari dalam Hospital Kamal Adwan di utara Gaza.
Dalam satu kenyataan, Hamas menyifatkan tuduhan itu sebagai 'hasutan jenayah'. - AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
- StateOver
single source and no mention for 24h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
