
Serlah kemahiran yang bukan mudah buat pengkarya seni unggul
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Serlah kemahiran yang bukan mudah buat pengkarya seni unggul (Harian Metro, 06:22)
Read the reporting
1 report
Serlah kemahiran yang bukan mudah buat pengkarya seni unggul
am@hmetro.com.my
Konsert National Symphony Orchestra (NSO) with Aubrey Suwito - Pop Meets Symphony di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), baru-baru ini yang mengangkat karya popular komposer terkenal itu dengan susunan orkestra berjaya menarik kehadiran kira-kira 2,000 penonton.
Lebih memberangsangkan, konsert selama dua malam itu dimantapkan dengan persembahan bertenaga tiga penyanyi iaitu Ernie Zakri, Syamel dan Shiha Zikir.
Secara peribadi, Aubrey mengakui dia berasa puas apabila persembahan bersama barisan pemuzik NSO mendapat sambutan positif dari penonton.
Menurutnya, pada mulanya, dia berasa bimbang dengan penerimaan penonton kerana persembahan berkonsepkan orkestra mempunyai cabarannya tersendiri dan belum tentu diterima semua lapisan pendengar.
"Saya sangat gembira dan puas kerana penonton memberikan maklum balas positif pada penghujung persembahan.
"Selagi penonton terhibur, saya berasa konsert ini berjayalah. Saya juga risau sebab bila buat persembahan bersama orkestra, kita tidak tahu bagaimana penerimaan penonton.
"Kita cuba buat sesuatu yang berbeza dan mesra di telinga pendengar," katanya ketika ditemui selepas persembahan berkenaan.
Pada malam itu, Aubrey membuka tirai persembahan dengan lagu Tere Bina karya nyanyian maestro muzik India, AR Rahman yang mempunyai pengaruh besar buatnya dalam penghasilan muzik.
Persembahan diteruskan dengan lagu Menuju Puncak yang dipopularkan program realiti Akademi Fantasia, sebelum Syamel tampil menyampaikan lagu Seribu Impian.
Syamel kemudian menghiburkan penonton menerusi Gemilang dalam susunan lebih 'macho' berbanding versi asal yang dipopularkan penyanyi Jaclyn Victor.
Ernie pula mengambil alih pentas menerusi lagu Ingin Bersamamu yang pernah dipopularkan Syafinaz, manakala Shiha tampil dengan Awan Yang Terpilu dendangan asal penyanyi Ning Baizura.
Kerjasama Aubrey dan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga bukan perkara asing menerusi segmen seterusnya yang menyaksikan gabungan dua lagu popular yang dipopularkan penyanyi itu iaitu Bukan Cinta Biasa dan Bersandar Pada Cinta.
Menyusul selepas itu, Ernie menyampaikan lagu Pesanan Buat Diri iaitu karya yang dinobatkan sebagai Lagu Tradisional Terbaik pada Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) dan lagu Persis Katarsis.
Shiha pula menghiburkan penonton menerusi lagu berentak joget, Umpan Jinak Di Air Tenang sebelum menyampaikan lagu terbaharunya, Jodoh Tak Ke Mana.
Konsert yang dipimpin konduktor Eric Lee itu diakhiri dengan persembahan penutup lagu Memori Tercipta menampilkan gabungan Shiha, Ernie dan Syamel.
Mengulas lanjut, Aubrey mengakui berpuas hati dengan barisan pemuzik orkestra dan tiga penyanyi yang terbabit dalam persembahan yang disifatkan antara yang terbaik pernah didengarnya.
Menurutnya, mengadakan persembahan bersama orkestra bukan tugas mudah kerana setiap pemuzik perlu memberikan sepenuh tumpuan.
"Bila saya membuat persembahan dengan orkestra, saya juga perlu menjadi yang teratas dalam persembahan, kalau leka, tertinggal," katanya.
Katanya, pada masa sama peluang beraksi bersama barisan pemuzik NSO itu adalah satu penghormatan besar kerana ia antara orkestra terbesar yang pernah menjayakan persembahan bersamanya.
"Proses menghasilkan susunan muzik orkestra juga bukan mudah apabila setiap instrumen memerlukan bahagian tersendiri dan ada susunan yang mengandungi sehingga 18 bahagian perlu ditulis satu demi satu.
"Jadi tugas itu memang berat, tapi bila dengar balik, puas hatilah," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.