
‘Sewaktu 18 tahun, Mak minta saya rakam album tradisional’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah ibunya, Siti Salmah Bachik menjadi pendorong utama memperkenalkan dan menyemai rasa cinta terhadap irama Melayu tradisional. (Kosmo!, 13:54)
Read the reporting
1 report
‘Sewaktu 18 tahun, Mak minta saya rakam album tradisional’
KUALA LUMPUR – Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kisah ibunya, Siti Salmah Bachik menjadi pendorong utama memperkenalkan dan menyemai rasa cinta terhadap irama Melayu tradisional.
Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, memaklumkan ibunya mencadangkan agar dia merakamkan album tradisional ketika berusia 18 tahun.
“Anda bersama-sama saya untuk menghayati balik macam mana mula-mula saya berminat dengan irama tradisional.
“Sewaktu itu, umur saya 18 tahun dan saya sampaikan lagu tradisional pilihan ibu saya sendiri iaitu Mak Salmah berjudul Seri Mersing.
“Masa itu saya asyik mendengar lagu rock 90-an. Mak saya kata saya kena rakam album tradisional, belajar dan mencintai lagu irama Melayu,” katanya sebelum menjemput penyanyi Haziq Rosebi ke pentas.
Pada masa sama, pelantun lagu Kesuma itu sempat menzahirkan ucapan penghargaan buat ibunya yang menjadi pencetus idea bernas tersebut sehingga akhirnya membuka jalan kepada penganjuran konsert tradisional berskala mega.
“Terima kasih mak kerana selalu ingatkan saya, kalau tak saya tidak rakam lagu tradisional,” tuturnya.
Semalam, Siti berjaya memukau 63,000 penonton termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Konsert Tradisional Gema Bumantara di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siti turut membawakan beberapa penyanyi jemputan iaitu Haziq Rosebi dan Noraniza Idris bersama-sama penyanyi seberang, Lesti Kejora serta King Nassar bagi menemaninya sepanjang lebih tiga jam konsert berlangsung. – KOSMO! ONLINE
The post ‘Sewaktu 18 tahun, Mak minta saya rakam album tradisional’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!13:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.