
Shanghai, siang 'kusam', malam bergemerlapan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PERIBAHASA Cina ada menyebut, 'Jika mahu melihat sejarah 100 tahun China, lihatlah Shanghai'. Memang ada kebenarannya jika menjejaki kaki ke kota metropolitan ini. (Berita Harian, 09:44)
Read the reporting
1 report
Shanghai, siang 'kusam', malam bergemerlapan
PERIBAHASA Cina ada menyebut, 'Jika mahu melihat sejarah 100 tahun China, lihatlah Shanghai'. Memang ada kebenarannya jika menjejaki kaki ke kota metropolitan ini.
Dikatakan ia ada kaitan dengan maksud perkataan Shanghai itu. Dalam bahasa Mandarin, 'shang' bermaksud 'atas', 'naik' atau 'pergi ke atas' manakala 'hai' bermaksud 'air'.
Itu sebabnya bandar ini dipanggil Shanghai atau 'bandar untuk menghala atau pergi ke laut lepas'. Nama ini sangat tepat menggambarkan kedudukan geografinya.
Shanghai terletak di muara Sungai Yangtze, tepat di pesisir Pantai Timur China menghadap ke Laut China Timur.
Oleh sebab itu, nama Shanghai melekat di bandar itu bagi menggambarkan fungsinya sebagai pintu masuk dan keluar utama ke lautan.
Kini, nama itu sangat sinonim dengan statusnya sebagai salah satu pusat kewangan dan pelabuhan kargo terbesar serta tersibuk di dunia.
Hasilnya, muncul kota Shanghai seperti dapat disaksikan hari ini, dengan tarikan utamanya tebing sungai ikonik, 'The Bund', menjadi pusat tumpuan wajib bagi sesiapa melangkah kaki ke bandaraya unik ini.
Kota ini unik kerana memiliki 'dua alam' berbeza yang agak ekstrem. Ia ibarat satu potret dengan dua kisah atau satu gambar memiliki dua wajah.
Shanghai 'kusam' atau pudar pada waktu siang tetapi bertukar 360 darjah apabila malam menjelma. Malam menjadikan Shanghai terutama sekitar The Bund bergemerlapan sangat luar biasa indahnya.
Daya tarikan ini menjadikan The Bund dibanjiri lautan pelancong bukan sahaja orang luar China, bahkan tumpuan pelancong domestik negara Tembok Besar itu sendiri.
Ada 'aroma' tersendiri dapat dinikmati jika 'melepak' di pesisir The Bund. Sesiapa berada di dua alam ini pasti terpukau melihat deretan bangunan ikonik bertaraf dunia yang sering menjadi latar belakang filem fiksyen sains khasnya Menara Shanghai, Menara Pearl Oriental dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai, yang terkenal dengan jolokan bangunan 'pembuka botol' kerana reka bentuk lubang di puncaknya.
Jika mahu menghayati keindahan ini secara total, luangkan masa menaiki feri persiaran menyusur Sungai Huangpu menyaksikan dua sudut berbeza di kiri dan kanan kota Shanghai, sekali gus menyaksikan bangunan dua zaman serentak iaitu wajah Shanghai klasik abad ke-19 dan Shanghai masa hadapan.
Bagi yang gemar menapak, lawatan boleh diteruskan ke Jambatan Waibaidu, jambatan keluli tertua di Shanghai yang amat popular dalam drama romantik tempatan.
Berhampiran dengannya, terdapat Tembok Valentine Bunga, sebuah tembok panjang dihiasi bunga segar, menjadi tempat pelancong mengabadikan memori.
Adakah Shanghai hanya sesuai untuk golongan muda? Jawapannya tidak. Kawasan The Bund direka dengan sangat inklusif untuk semua lapisan usia.
Namun, kekuatan kaki dan tenaga amat diperlukan jika benar-benar mahu menikmati pesisir 'The Bund' dengan menapak lebih satu kilometer sambil menyaksikan pemandangan indah pada waktu malam.
Jika mahu mengunjungi pesisir The Bund, pilihan waktu terbaik adalah pada waktu matahari tenggelam sehingga jam 10 malam tetapi terpaksa bersesak dengan ribuan pelancong.
Jika membawa anak kecil dan warga emas, pastikan memilih laluan masuk 'mendamaikan' jika tidak mahu bersesak dan berlanggar bahu.
Pastikan membawa botol minuman mencukupi jika mahu meluangkan masa lebih sejam di pesisir The Bund dan bergerak dalam satu kumpulan jika melancong dalam jumlah ramai.
Selain berpeleseran di sekitar 'The Bund', melancong ke Shanghai dianggap tidak cukup syarat jika tidak ke Jalan Nanjing yang menempatkan gedung membeli-belah mega sambil menikmati suasana bandar meriah di salah satu jalan paling sibuk di dunia.
Tarikan di Jalan Nanjing adalah jalan ini bebas kenderaan, membolehkan pelancong berjalan santai menikmati seni bina, lampu neon malam dan persembahan jalanan.
Namun harga barang dijual termasuk cenderamata kecil seperti rantai kunci dan pelekat magnet agak mahal, sesuai dengan lokasi dan tarafnya sebagai bandar pelancongan.
Laluan ini berhampiran Dataran Rakyat di sebelah barat dan The Bund di sebelah timur. Mungkin memang agak meletihkan meronda pusat tarikan Shanghai ini, ia amat berbaloi dengan ongkos dikeluarkan jika melancong ke kota ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian09:44
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.