
Southgate belum terfikir kembali melatih
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
London: Bekas pengendali England, Gareth Southgate tidak melihat dirinya akan kembali ke bidang kejurulatihan dalam masa terdekat selepas minatnya untuk terus terbabit dalam bola sepak berubah sejak meninggalkan skuad kebangsaan itu. (Harian Metro, 19:52)
Read the reporting
1 report
Southgate belum terfikir kembali melatih
London: Bekas pengendali England, Gareth Southgate tidak melihat dirinya akan kembali ke bidang kejurulatihan dalam masa terdekat selepas minatnya untuk terus terbabit dalam bola sepak berubah sejak meninggalkan skuad kebangsaan itu.
Southgate, 56, meletakkan jawatan selepas Euro 2024 selepas membimbing England ke dua final Kejohanan Eropah pada 2021 dan 2024, namun gagal menamatkan penantian negara itu untuk menjulang trofi utama sejak Piala Dunia 1966.
Sejak meninggalkan England, beliau memilih meneroka pengalaman baharu berbanding mencari peluang kembali mengendalikan mana-mana pasukan, termasuk dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Antara pengalaman itu termasuk menjadi pensyarah jemputan di Harvard Business School, Boston, selain menerajui sebuah dokumentari yang menyaksikan beliau menjelajah United Kingdom bagi memahami cabaran dihadapi golongan lelaki dan kanak-kanak lelaki muda.
"Saya tidak nampak sebarang kemungkinan untuk kembali melakukannya," katanya ketika ditanya mengenai peluang kembali menguruskan kelab EPL menerusi podcast Amol Rajan Connection.
Southgate turut mengakui minatnya terhadap bola sepak mula berubah menjelang penghujung tempoh bersama England apabila kemenangan tidak lagi memberikan kepuasan seperti sebelumnya.
"Menjelang penghujung tugas bersama England, saya tidak lagi menikmati kemenangan yang sepatutnya menjadi pembakar semangat, sekurang-kurangnya untuk satu tempoh.
"Pada penghujungnya, saya tidak menikmati kemenangan lebih daripada beberapa minit. Sebab itu, saya hampir tidak menonton bola sepak," katanya.
Malah, Southgate berkata beliau tidak lagi mengunjungi stadium sejak menyaksikan kelab yang disokongnya, Crystal Palace, menjuarai Piala FA pada Mei 2025.
"Saya pergi ke final Piala FA untuk menyaksikan pasukan saya, Crystal Palace, memenangi trofi pertama mereka. Sejak itu, saya tidak lagi ke stadium bola sepak.
"Jadi, keinginan saya untuk terus terbabit dalam bola sepak sudah berubah," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, Southgate turut mengulas kemelut yang melanda bola sepak England susulan keputusan Manchester City didapati bersalah atas lebih 100 pertuduhan melanggar peraturan EPL.
Bagaimanapun, City mengemukakan rayuan dan menafikan sebarang salah laku, sekali gus menyebabkan liga paling banyak ditonton di dunia itu berdepan ketidaktentuan sementara menunggu keputusan muktamad serta kemungkinan hukuman.
Southgate berpendapat perkembangan itu tidak membawa sebarang manfaat kepada bola sepak, walaupun keputusan berkenaan mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada pihak EPL selepas kes itu berlarutan sekian lama.
"Pandangan asas saya ialah semua ini tidak baik untuk bola sepak dan tiada pihak yang menang," katanya.
Beliau berkata, EPL kini berdepan cabaran besar untuk menguruskan kemungkinan tindakan undang-undang susulan, tempoh penyelesaian kes yang mungkin berpanjangan serta menentukan hukuman yang sesuai tanpa menjejaskan keseluruhan ekosistem bola sepak.
"Bagaimana kita menangani semua ini, mengambil kira kemungkinan pelbagai kes undang-undang yang timbul, berapa lama lagi perkara ini akan berlarutan, apakah hukuman yang sesuai dan bagaimana memastikan keseluruhan bola sepak terus berjalan dengan baik?. Semua itu amat rumit," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.