Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewConfirmedupdated 1 h ago

Suami isteri didenda RM3,000 simbah cat merah pada rumah mangsa sindiket along

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
34
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 14:22 MYTLatest activity 16 Oct, 14:22BMconfidence 80%

What happened

SEGAMAT: Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along) pada Isnin lalu. (Berita Harian, 14:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Suami isteri didenda RM3,000 simbah cat merah pada rumah mangsa sindiket along

By Izz Laily Hussein · 16 Oct, 14:22 MYT

SEGAMAT: Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada rumah mangsa sindiket pinjaman wang tidak berlesen (along) pada Isnin lalu.

Kedua-dua tertuduh, Wan Aizat Azwan Wan Salleh, 40, dan Prima Septia Lily, 44, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Fadilah Johannuddin.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, pasangan terbabit dituduh bersama-sama dengan niat hendak menyebabkan kebinasaan pada harta, iaitu rumah mangsa, dengan cara menyimbah cat berwarna merah di Jalan Mida 2/1, Taman Mida 2 di sini, sekitar jam 11.21 pagi 12 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Balqis Mohd Hilmi, manakala kedua-dua tertuduh tiada diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ‎pengadu menerima pesanan WhatsApp daripada individu tidak dikenali yang menghantar video memaparkan seorang individu menyimbah cat merah ke pintu pagar rumah ibu mentuanya.

Difahamkan, pengadu mengaku suaminya pernah membuat pinjaman daripada along sebelum ini.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan kedua-dua tertuduh pada hari sama.

Hasil siasatan mendapati mereka terbabit kes gangguan along dengan menyimbah cat itu, malah pasangan berkenaan mengaku berbuat demikian kerana ingin menerima wang upah untuk membayar hutang.

Wanita terbabit berperanan memandu kereta dan merakam video, manakala suaminya pula menyimbah cat pada alamat rumah itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow
Latest 14:44 MYT
34New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
16 Oct, 14:22 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.