Malaysian Attention Engine
Live wire
5327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti49General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim45Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah44Banjir semakin pulih, hampir semua PPS di beberapa negeri ditutup | Sinar Harian43Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat35Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela35General : MCMC, EC Test Internet Connectivity At Melaka Polling Centres For OCR-VA System34Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Suami isteri pensyarah UiTM tamat PhD bersama

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 15:38 MYTLatest activity 18 Oct, 15:38BMconfidence 60%

What happened

Suami isteri pensyarah UiTM tamat PhD bersama (Harian Metro, 15:38)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

Suami isteri pensyarah UiTM tamat PhD bersama

By Norzamira Che Noh · 18 Oct, 15:38 MYT

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata buat pasangan suami isteri pensyarah kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor.

Bagi Dr Suzana Hassan, 41, dan Dr Muhamad Kodri Kholib Jati, 42, ia sebaliknya bukti kekuatan sokongan dan persefahaman dalam rumah tangga mereka.

Mereka yang bertugas di Kampus Segamat, Johor, menyifatkan perjalanan menggenggam kelayakan tertinggi itu, bukan mengenai siapa lebih dahulu menamatkan pengajian, tetapi bagaimana saling membantu sehingga berjaya mencapai matlamat bersama.

Pasangan daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan itu,

menerima Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-105, hari ini.

Mereka mula berkenalan ketika menuntut pada peringkat diploma di UiTM Dungun sebelum mendirikan rumah tangga pada 2011, dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Bagaimanapun, perjalanan melanjutkan pengajian ke peringkat DBA bukan sesuatu yang mudah apabila kedua-duanya perlu mengimbangi tuntutan akademik, kerjaya sebagai pensyarah serta tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibu bapa.

Suzana berkata, antara cabaran terbesar dihadapi ialah pengorbanan masa bersama anak-anak bagi memberi ruang kepada komitmen pengajian masing-masing.

"Dalam kesibukan menyiapkan tugasan akademik, kami perlu saling memahami, bertolak ansur dan memberikan ruang kepada pasangan untuk terus berusaha sehingga pengajian dapat diselesaikan," katanya.

Pasangan itu menyifatkan, menulis tesis bersama adalah antara perkara romantik pernah dilakukan, bukannya percutian mewah atau hadiah mahal.

"Di sebalik helaian penulisan akademik itu, ada perbincangan, pengorbanan dan dorongan untuk memastikan masing-masing terus melangkah ke hadapan," kata Suzana.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:00
Latest 16:04 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 15:38 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.