Malaysian Attention Engine
Live wire
NewUnconfirmedupdated 6 h ago

Suami suka caci maki rupanya kaki judi online

Only social or community posts, or a single source.

Attention
15
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 09:00 MYTLatest activity 9 Oct, 09:00BMconfidence 60%

What happened

“Makian dan sumpah seranah dah jadi ‘makanan’ saya setiap hari, serba tidak kena di mata dia sedangkan saya ketika itu tengah sarat mengandung.” (Kosmo!, 09:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Suami suka caci maki rupanya kaki judi online

By KOSMO · 9 Oct, 09:00 MYT

“Makian dan sumpah seranah dah jadi ‘makanan’ saya setiap hari, serba tidak kena di mata dia sedangkan saya ketika itu tengah sarat mengandung.”

Demikian luah Rina (bukan nama sebenar) saat menceritakan sikap bekas suaminya yang suka melepaskan marah dan cacian kepadanya sehinggakan perkahwinan dibina selama hampir empat tahun itu runtuh.

“Pada tahun pertama perkahwinan, sikap suami okay sahaja dan dia sangat bertanggungjawab kepada saya serta anak sulung kami.

“Tetapi semakin bertambah usia perkahwinan, saya perasan sikap suami mula berubah dan suka mencaci maki saya,” kata ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Tambah Rina, sebelum berkahwin dia mempunyai kerjaya yang baik dan juga memiliki ijazah sarjana dalam perakaunan tetapi akur dengan permintaan suami untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Sejujurnya saya rasa menyesal berhenti kerja dan mengharapkan duit nafkah suami kerana duit belanja yang diberikan sangat sedikit.

“Bayangkan nak makan pun sampai berkira-kira takut tidak cukup duit, apatah lagi nak beli keperluan lain seperti kelengkapan nak bersalin kerana saya ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua.

“Suami saya tidak kisah langsung pasal saya dan anak-anak, balik kerja main game di telefon sampaikan anak yang sulung terpaksa mengemis kasih sayang seorang ayah,” ceritanya menahan sebak.

Ujar Rina, disebabkan kesempitan wang dan tidak mahu bergaduh dengan suaminya itu, dia terpaksa menggadai emas sedikit demi sedikit.

“Apa sahaja barang kemas yang ada saya gadai untuk keperluan hidup saya dan anak-anak.

“Barang dalam peti sejuk kosong tapi suami tidak pernah tanya, dia balik kerja dengan perut kenyang.

“Bayangkan betapa stresnya saya ketika itu dengan sarat mengandung lagi,” katanya.

Jelas Rina, suaminya itu bukan tidak ada duit bahkan selalu kerja lebih masa tetapi duit belanja untuk isteri dan anak-anak sering diabaikan.

Selepas diselidiki barulah Rina tahu yang duit bekas suaminya itu banyak dihabiskan untuk judi online.

“Ketika itu perasaan marah saya memuncak apabila tahu dia banyak habiskan duit untuk berjudi sedangkan saya dan anak-anak terabai.

“Tanpa berfikir panjang, saya meminta cerai serta meminta izin untuk keluar dari rumah dan pulang ke rumah orang tua untuk tenangkan diri kerana sangat tertekan.

“Rumah tangga yang kami bina hampir empat tahun itu akhirnya menemui jalan akhir dan kami bercerai talak satu,” ujarnya.

Kini Rina masih memegang status ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata dan kembali bekerja dalam bidang perakaunan.

“Sejujurnya saya masih trauma dengan perkahwinan yang lepas dan kini saya mahu fokus kepada diri serta anak-anak sahaja.

“Pesan saya kepada wanita di luar sana agar berhati-hati memilih suami kerana kebahagiaan seorang isteri bergantung dengan siapa kita pilih untuk berkahwin,” katanya.

The post Suami suka caci maki rupanya kaki judi online appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0014:00
Latest 15:50 MYT
15New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 09:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    09:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Suami suka caci maki rupanya kaki judi online · Malaysian Attention Engine