
Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN), 14 November ini. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’
PETALING JAYA: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN), 14 November ini.
Sulaiman mengambil keputusan untuk tidak lagi menawarkan diri sebagai calon selepas tiga penggal mewakili kawasan berkenaan sejak 2013.
“Cukup sudah saya bertanding,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia .
Sulaiman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah memenangi kerusi DUN Lendu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 dan berjaya mempertahankannya pada PRU14 pada 2018 dan PRN Melaka pada 2021.
Pada PRN Melaka 2021, beliau mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti 3,104 undi selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Abdullah Mahadi dan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Asri Ibrahim.
Beliau menerajui pentadbiran kerajaan negeri sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-12 selepas mengangkat sumpah jawatan pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Adly Zahari.
Sulaiman sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada November 2021 selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRN, sebelum Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dilantik sebagai pengganti.
Dalam pada itu, seorang lagi bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron enggan mengulas lanjut berhubung kemungkinan bertanding pada PRN Melaka kali ini.
Bekas ADUN Sungai Udang itu tidak memberikan sebarang petunjuk jelas mengenai keputusan atau pendiriannya berhubung perkara itu. – UTUSAN
The post Sulaiman tidak pertahan Lendu, Idris cakap ‘tunggu dulu’ appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- 3 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.