
Sultan Selangor titah perjanjian 'tripartite' pengurusan sisa pepejal dicapai segera
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Sultan Selangor titah perjanjian 'tripartite' pengurusan sisa pepejal dicapai segera (Harian Metro, 14:22)
Read the reporting
2 reports
Sultan Selangor titah perjanjian 'tripartite' pengurusan sisa pepejal dicapai segera
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya perjanjian tripartite (tiga pihak) membabitkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berhubung pengurusan sisa pepejal di Selangor dapat dicapai segera.
Sultan Sharafuddin bertitah, langkah itu penting demi kepentingan semua pihak dalam memastikan rakyat dapat menikmati persekitaran Selangor yang lebih bersih hasil daripada manfaat penyelarasan berkenaan.
Baginda turut menekankan kepentingan supaya semua pihak iaitu kerajaan Persekutuan melalui KPKT, kerajaan negeri dan PBT bersama memastikan tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berada pada paras setara atau lebih baik daripada pelaksanaan sedia ada di Selangor usai pemakaian Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
"Baginda menegaskan, selepas perjanjian itu ditandatangani tidak ada sebarang kompromi serta kemerosotan dari segi prestasi dan kualiti perkhidmatan pengurusan sisa dan pembersihan awam termasuk dari segi ketepatan masa dan frekuensi kutipan.
"Ini dititikberat sepenuhnya memandangkan Selangor mempunyai kapasiti penduduk yang besar bergantung kepada perkhidmatan ini meliputi seluruh negeri Selangor," titahnya dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Alam Shah hari ini.
Menurutnya, dengan termeterainya perjanjian itu kelak, Sultan Sharafuddin juga berharap perancangan waste-to-energy (WTE) di Selangor dapat diteruskan dan disegerakan melalui pemudahcaraan bersesuaian oleh kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
"Baginda percaya dengan muafakat serta persefahaman semua pihak yang berkepentingan, penyelesaian yang dipersetujui bersama demi kepentingan rakyat ini akan dapat dicapai dengan jayanya demi negeri Selangor yang lebih maju," katanya.
Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada 8 Oktober lalu dan Menteri Besar Selangor bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 10 Oktober lalu.
"Kedua-dua pertemuan bertujuan memaklumkan perihal perkembangan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di Selangor.
"Kedua-dua pertemuan ini susulan lawatan Baginda ke loji waste-to-energy (WTE) Amager Bakke (CopenHill) di Copenhagen, Denmark baru-baru ini," katanya.
Menurut kenyataan Istana Alam Shah, baginda meneliti perkembangan itu daripada kedua-dua pihak kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
"Sukacita Selangor kini sedang bersiap sedia untuk menjadi negeri kelapan yang menerima pakai Akta 672 susulan pengumuman terbaru oleh KPKT.
"Dalam sesi sembah menghadap, Kor Ming memaklumkan usaha menyeluruh di peringkat PBT sudah selesai dan semua pihak berkepentingan amat komited untuk memuktamadkan seterusnya menyempurnakan proses ini dengan tuntas.
"Menteri KPKT turut memaklumkan, selepas perjanjian tripartite dimeterai melalui penguatkuasaan Akta 672 ini, pelantikan pihak berkepentingan yang berkaitan akan dilaksanakan yang mana Selangor turut menikmati piawaian perkhidmatan yang lebih tinggi bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.