Malaysian Attention Engine
Live wire
49Business : Steel Price Index Rises 0.1 Pct To 5.1 Pct In September - DOSM49Sultan Selangor titah perjanjian 'tripartite' pengurusan sisa pepejal dicapai segera49World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday44Pemandu warga Pakistan sebabkan kemalangan maut pelajar 15 tahun direman44Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke42Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang41JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 539General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road37DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan37Penganggur tak mengaku tikam isteri, cederakan ibu mentua37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron
NewConfirmedupdated 31 min ago

Penganggur tak mengaku tikam isteri, cederakan ibu mentua

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
36
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
5
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 12:14 MYTLatest activity 12 Oct, 14:30BMconfidence 85%

What happened

KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menikam isterinya dengan pisau dan mencederakan ibu mentua di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh, minggu lalu. (Berita Harian, 12:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Penganggur tak mengaku tikam isteri, cederakan ibu mentua

By Nor Fazlina Abdul Rahim · 12 Oct, 12:14 MYT

KOTA BHARU: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menikam isterinya dengan pisau dan mencederakan ibu mentua di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh, minggu lalu.

Shahrul Shahrizal Che Shaari, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Ablah dan Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menikam isterinya, Zulaiha Mat Zain, 44, menggunakan pisau sehingga mengalami kecederaan parah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok, Padang Lepai, Ketereh jam 8.30 malam Isnin lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 326A

akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencederakan ibu mentua, Paridah Ismail, 78, menggunakan sebilah pisau di lokasi dan masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli dan Siti Arina Razali, manakala tertuduh diwakili peguam, Zainal Abidin Mustaffa.

Pada masa sama, keluarga mangsa turut melantik peguam pemerhati, Nik Saiful Adli Burhan dan Che Muhammad Redzuan Jihad.

Terdahulu, Kamarul Hasyime dan Siti Arina tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Zainal Abidin juga memohon jaminan tidak diberikan kepada tertuduh

sebaliknya meminta anak guamnya dirujuk ke hospital psikiatri bagi menjalani rawatan mental.

"Saya mohon jaminan tidak diberikan memandangkan keluarga tertuduh dikhuatiri tidak mampu mengawal tertuduh yang disyaki mempunyai masalah mental.

"Malah, dua minggu sebelum kejadian (tikam isteri), tertuduh ada berjumpa saya dan mengatakan mahu mencederakan diri sendiri, justeru saya mahu tertuduh dirujuk ke hospital psikiatri memandangkan dua adik beradik tertuduh juga kini turut mempunyai masalah mental dan sedang mendapatkan rawatan," katanya.

Mahkamah kemudian mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta Perak selama sebulan untuk menjalani pemeriksaan psikiatri.

Mahkamah turut menetapkan 18 November sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Keluarga kedua-dua pihak iaitu mangsa dan tertuduh turut hadir di mahkamah hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang jururawat parah selepas ditikam enam kali oleh suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Lepai, dekat Kadok, di sini, Isnin lalu.

Mangsa berusia 44 tahun cedera parah akibat tikaman di badan dan leher dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II. Susulan kejadian itu, polis menahan suami mangsa berusia 47 tahun selepas lelaki itu menyerah diri.

Susulan kejadian itu, Mahkamah Tinggi Syariah semalam mengesahkan perceraian secara taklik membabitkan jururawat selepas suaminya melanggar lafaz taklik dengan menikam wanita itu enam kali di Ketereh, 5 Oktober lalu.

Hakim Mohd Anwan Ab Muttalib membuat keputusan itu selepas mendengar pengakuan lelaki berusia 47 tahun berkenaan dalam prosiding yang berlangsung kira-kira sejam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 4 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 37first news pick-upNEWnow13:0014:00
Latest 14:49 MYT
36New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources5Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 12:14 MYT
Origin confidence 90% · 30 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (5)

Penganggur tidak mengaku tikam isteri
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate
Penganggur didakwa tikam isteri, cederakan ibu mentua
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate
Penganggur mengaku tidak bersalah tikam isteri, ibu mentua
astroawani.comNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.