Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Susunan manik kecil jadi potret penuh warna

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 08:45 MYTLatest activity 17 Oct, 08:45BMconfidence 60%

What happened

Gabungan manik kecil berwarna yang disusun satu demi satu mampu menghasilkan potret wajah yang menyerupai gambar sebenar. (Utusan Malaysia, 08:45)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·5 min read

Susunan manik kecil jadi potret penuh warna

By FAQIHAH FAUZI · 17 Oct, 08:45 MYT

Gabungan manik kecil berwarna yang disusun satu demi satu mampu menghasilkan potret wajah yang menyerupai gambar sebenar.

Di sebalik hasil yang menarik itu, setiap warna dan kedudukan manik perlu ditentukan dengan teliti.

Bagi Nurul Atiqah Mohamad, 36, penghasilan potret menggunakan perler beads itu bermula apabila dia mencari alternatif kepada Lego untuk menghasilkan karya seni berasaskan piksel.

Wanita asal Kota Tinggi, Johor ini mula meneroka hobi tersebut awal tahun ini selepas menemui iklan perler beads di media sosial.

Selain menawarkan pilihan warna yang banyak, bahan itu juga jauh lebih murah berbanding Lego.

“Saya kagum melihat bagaimana sesuatu yang ringkas boleh menghasilkan karya sangat menarik apabila setiap warna dan kedudukan manik disusun dengan teliti.

“Ada yang menghasilkan kartun, gambar haiwan peliharaan, rantai kunci dan magnet peti sejuk.

“Malah, pengkarya di luar negara turut menghasilkan kostum bersaiz manusia menggunakan manik itu,” katanya kepada Seri.

Dia yang berkelulusan seni bina itu sudah hampir 10 tahun bekerja sebagai pereka model Lego.

Potret Yuna

Sebelum menggunakan perler beads , Nurul Atiqah sudah menghasilkan potret berasaskan piksel menggunakan Lego, termasuk membina potret untuk individu kenamaan sebagai sebahagian daripada tugasan pekerjaannya.

Bagaimanapun, kos bahan yang tinggi dan kebanyakan pembekal dari luar negara menyukarkannya memenuhi permintaan pelanggan dalam tempoh singkat pada harga berpatutan.

Keadaan itu mendorongnya mencari bahan alternatif lain sebelum menemui perler beads yang menawarkan harga lebih rendah dan banyak pilihan warna.

Dengan berbekalkan set permulaan yang mengandungi 48 warna, dia mula bereksperimen menghasilkan potret pertamanya menggunakan gambar penyanyi tanah air, Yuna.

Hasil karya itu dikongsikan menerusi platform Threads dan menerima reaksi positif daripada rakan maya.

Malah, Yuna turut berkongsi semula hasil karya berkenaan, sekali gus menaikkan semangatnya untuk terus meneroka teknik tersebut.

Nurul Atiqah semakin berminat mengembangkan kemahiran itu kerana penghasilan potret piksel menggunakan manik berkenaan masih belum banyak diterokai di Malaysia.

Selain menghasilkan potret, dia turut aktif melukis dan pernah menyertai beberapa pameran seni di dalam dan luar negara.

Siap dalam 25 jam

Menghasilkan potret menggunakan perler beads memerlukan ketelitian tinggi bermula daripada pemilihan gambar sehingga proses menyeterika.

Ini bagi memastikan setiap manik melekat dengan sempurna.

Nurul Atiqah berkata, proses dimulakan dengan memilih gambar yang jelas sebelum menentukan saiz potret yang ingin dihasilkan.

Gambar berkenaan kemudian ditukarkan kepada corak piksel menggunakan aplikasi sebagai panduan untuk membentuk wajah.

Namun, warna yang dipaparkan biasanya agak pudar, menyebabkan dia perlu menyesuaikan setiap warna mengikut cita rasa sendiri.

Selepas berpuas hati dengan corak dan pemilihan warna, barulah dia menyusun manik satu per satu pada papan khas mengikut corak ditetapkan.

Antara bahan dan peralatan yang digunakan adalah perler beads dengan pilihan 221 warna, papan penyusun, kertas, kain khas untuk melapik manik ketika diseterika serta penyepit.

Potret yang selesai disusun kemudian diseterika dengan berhati-hati supaya manik sedikit mencair dan melekat antara satu sama lain tanpa merosakkan bentuknya.

Tempoh untuk menyiapkan setiap potret bergantung kepada saiz dan jumlah perincian diperlukan.

“Kalau saiz paling kecil, contohnya, 7 sentimeter (cm) x 10 cm, saya mengambil masa sehingga dua jam untuk menyiapkannya.

“Paling besar setakat ini ialah potret keluarga berukuran 30 cm x 30 cm yang mengambil masa kira-kira 25 jam,” jelasnya.

Mata, mulut paling mencabar

Pemilihan warna memainkan peranan penting dalam memastikan potret dihasilkan menyerupai gambar asal.

Nurul Atiqah memberikan perhatian kepada ciri utama wajah, khususnya bahagian gelap dan terang, sebelum menentukan warna sesuai.

Dia juga mempunyai templat warna tersendiri dengan kecenderungan memilih warna terang dan menyerlah bagi mengekalkan identiti visual dalam setiap karya.

Bagaimanapun, bahagian mata dan mulut disifatkan paling mencabar kerana kedua-duanya memerlukan perincian lebih halus untuk membentuk wajah tepat.

Kesilapan menyusun manik pada bahagian itu boleh mempengaruhi rupa keseluruhan potret.

Susun semula jika silap

Menghasilkan potret menggunakan perler beads bukanlah mudah kerana setiap kesilapan, sama ada ketika memilih warna mahupun proses menyeterika, boleh menjejaskan hasil akhir.

Dia pernah berdepan dengan situasi itu ketika menghasilkan potret poster filem Puteri Gunung Ledang yang menampilkan M. Nasir dan Tiara Jacquelina, apabila tona warna dipilih terlalu gelap.

Lantas, memaksanya membuka semula susunan manik dan menggantikannya dengan warna lebih sesuai.

Selain pemilihan warna, proses menyeterika turut memerlukan perhatian kerana suhu terlalu tinggi boleh menyebabkan manik mencair secara berlebihan sehingga merosakkan keseluruhan potret.

“Penat juga apabila sudah menyusun manik berjam-jam, tetapi ketika proses menyeterika yang hanya mengambil masa beberapa minit, semuanya rosak.

“Jadi, saya perlu lebih berhati-hati memilih tahap kepanasan ketika menyeterika hasil kerja,” katanya.

Di sebalik cabaran itu, potret M. Nasir menjadi antara karya yang paling dibanggakannya setakat ini kerana mempunyai perincian lebih tinggi berbanding potret lain.

Potret keluarga

Nurul Atiqah turut menerima tempahan daripada individu yang mahu menjadikan karya itu sebagai hadiah buat insan tersayang.

Tempahan pertama yang diterima ketika dia masih belum membuka perkhidmatan secara rasmi.

Lebih menggembirakan, pelanggan yang sama kembali membuat tempahan kali kedua untuk ahli keluarganya, selain memberikan maklum balas positif yang menyuntik semangat untuknya terus menghasilkan potret.

Setakat ini, potret keluarga dan pasangan mendapat sambutan kerana sesuai dijadikan hadiah ulang tahun perkahwinan atau kenangan bersama insan tersayang.

Nurul Atiqah bagaimanapun mengehadkan tempahan kepada rakan terdekat.

Ini kerana dia masih memperhalusi beberapa perkara sebelum membuka perkhidmatan itu kepada orang ramai.

Baginya, kepuasan menghasilkan potret bukan sekadar terletak pada hasil akhir, malah setiap proses menyusun manik sehingga membentuk sebuah wajah turut memberikan keseronokan tersendiri.

Terapi tenang fikiran

Menariknya, aktiviti ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapangnya, malah menjadi terapi untuk menenangkan fikiran.

Ini termasuk ketika menyusun manik-manik kecil mengikut warna dan corak ditetapkan.

“Bagi saya, menghasilkan potret perler beads ini satu terapi.

“Saya rasa tenang dan fikiran menjadi senyap ketika menyusun manik-manik kecil ini.

“Hobi ini secara tidak langsung membantu menjaga kesihatan mental saya,” katanya.

Antara perkara paling menyeronokkan ialah melihat manik yang pada awalnya hanya kelihatan seperti susunan warna biasa akhirnya membentuk sebuah potret lengkap.

Proses itu juga membuatkannya tidak sabar untuk melihat hasil akhir setiap kali memulakan potret baharu.

Impi bangun aplikasi

Nurul Atiqah merancang untuk memperbanyakkan produk berkaitan perler beads.

Dia juga memasang impian untuk membangunkan aplikasi khas yang boleh menukarkan gambar kepada templat potret berserta kod warna.

Menerusi aplikasi itu, pengguna boleh mendapatkan corak rujukan berdasarkan gambar pilihan masing-masing sebelum menghasilkan potret menggunakan manik berwarna.

Dia berharap kemudahan tersebut dapat membantu orang ramai meneroka hobi itu dengan lebih mudah.

Ia sekali gus membuka peluang buat masyarakat untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Bagi yang berminat untuk mencuba seni ini, Nurul Atiqah menyarankan mereka berani melangkah tanpa terlalu memikirkan kesempurnaan hasil.

“Kita tak perlu terus menghasilkan potret yang sempurna pada percubaan pertama.

“Kadangkala, kita hanya akan mengetahui kemampuan diri selepas mencuba sesuatu yang baharu.

“Nikmati prosesnya, teruskan berlatih dan jangan malu untuk bertanya,” ujarnya.

The post Susunan manik kecil jadi potret penuh warna appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow09:0010:00
Latest 10:04 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 08:45 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    08:45

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Susunan manik kecil jadi potret penuh warna
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Susunan manik kecil jadi potret penuh warna · Malaysian Attention Engine