
Syahir tidak gentar jadi bahan uji Thailand
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tekong terbaik dunia, Syahir Rosdi tidak gentar sekiranya kekuatan dan corak permainannya dikaji pemain Thailand jika menerima tawaran beraksi dalam liga sepak takraw negara itu. (Berita Harian, 14:37)
Read the reporting
1 report
Syahir tidak gentar jadi bahan uji Thailand
KUALA LUMPUR: Tekong terbaik dunia, Syahir Rosdi tidak gentar sekiranya kekuatan dan corak permainannya dikaji pemain Thailand jika menerima tawaran beraksi dalam liga sepak takraw negara itu.
Sebaliknya, pemain berpengalaman itu melihat peluang beraksi di Thailand sebagai situasi menang-menang kerana dia juga berpeluang mengenal pasti kekuatan lawan, sekali gus meningkatkan persediaan menghadapi saingan di peringkat antarabangsa.
Menurutnya, pengalaman berdepan pemain berkualiti di Thailand mampu memberikan pendedahan berharga, terutama dalam mengasah kemahiran serta meningkatkan tahap persaingannya sebagai tekong.
Dia mengakui berminat menerima tawaran daripada kelab Thailand kerana peluang beraksi bersama pemain ternama seperti Kritsanapong Nontakote, Sittipong, Pornthep Tinbangbon dan beberapa lagi yang mampu memberikan saingan lebih kompetitif berbanding diperolehnya di Malaysia.
"Bagi saya, kalau ada tawaran daripada kelab Thailand, saya akan terima kerana kualiti saingan di sana agak mantap. Saya boleh beraksi menentang ramai tekong berkualiti dan pada masa sama menimba pengalaman baharu.
"Kalau mereka mahu menguji saya, saya juga mahu melihat kekuatan mereka. Jadi, situasi itu menang-menang untuk kedua-dua pihak. Apabila bertemu di peringkat antarabangsa nanti, kita perlu bijak dalam permainan," katanya.
Bagaimanapun, hasrat Syahir untuk beraksi di Thailand bergantung kepada keputusan Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sama ada membenarkan pemain kebangsaan menyertai liga berkenaan atau sebaliknya.
Sekiranya tidak mendapat pelepasan, dia bersedia kekal beraksi di Malaysia dan mempertimbangkan pendekatan lain untuk terus meningkatkan prestasinya.
Menariknya, Syahir menegaskan faktor kewangan bukan keutamaan dalam mempertimbangkan tawaran itu, sebaliknya peluang menimba ilmu dan pengalaman menjadi pertimbangan utama, lebih-lebih lagi sebagai persediaan menghadapi fasa selepas bergelar pemain.
"Bagi saya, saya tidak terlalu memikirkan tawaran atau berapa bayaran yang diberikan. Apa yang penting, saya dapat menimba pengalaman dan mengambil ilmu di sana kerana suatu hari nanti saya mungkin tidak lagi menjadi pemain dan beralih kepada tugas jurulatih.
"Namun, semuanya bergantung kepada keputusan PSM," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.