
Syarikat induk Malaysia Airlines pertimbang laksana cukai hijau, harga tambang mungkin meningkat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Ketua syarikat induk Malaysia Airlines tidak menolak kemungkinan pelaksanaan cukai hijau terhadap penumpang bagi membantu menampung kos tinggi bahan api penerbangan mampan (SAF), satu langkah yang boleh meningkatkan lagi harga tiket, lapor Associated Press (AP). (Berita Harian, 16:48)
Read the reporting
1 report
Syarikat induk Malaysia Airlines pertimbang laksana cukai hijau, harga tambang mungkin meningkat
KUALA LUMPUR: Ketua syarikat induk Malaysia Airlines tidak menolak kemungkinan pelaksanaan cukai hijau terhadap penumpang bagi membantu menampung kos tinggi bahan api penerbangan mampan (SAF), satu langkah yang boleh meningkatkan lagi harga tiket, lapor Associated Press (AP).
Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A. Bakar itu dibuat ketika syarikat penerbangan di seluruh dunia berusaha mengurangkan pelepasan karbon, namun berdepan kos SAF yang tinggi dan bekalan yang terhad.
Negara jiran, Singapura, menjadi negara pertama di dunia mengumumkan cukai penerbangan hijau yang diwajibkan kerajaan, berkuat kuasa mulai Januari 2027, dengan kadar berbeza mengikut destinasi dan kelas kabin.
"Kami sedang meneliti semua pilihan. Pengguna mesti mampu menanggung kosnya, manakala syarikat penerbangan juga mesti mampu membelinya," kata Nasaruddin kepada Associated Press di luar persidangan kemampanan penerbangan.
Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menyatakan pelepasan daripada sektor penerbangan menyumbang kira-kira 2.5 peratus daripada jumlah pelepasan karbon global setiap tahun.
Dengan permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan sasaran mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.
Menurut ICAO, penggunaan SAF berpotensi mengurangkan kira-kira 65 peratus pelepasan industri penerbangan.
SAF lazimnya dihasilkan daripada bahan mentah boleh baharu seperti minyak masak terpakai, lemak buangan dan sisa pertanian.
Bahan api itu boleh dicampurkan dengan bahan api penerbangan konvensional untuk digunakan dalam pesawat sedia ada.
Bagaimanapun, SAF jauh lebih mahal berbanding bahan api jet konvensional, manakala kapasiti pengeluaran dan akses kepada bahan mentah mampan menjadi kekangan utama terhadap penggunaannya secara lebih meluas.
Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), SAF ketika ini menyumbang kurang daripada satu peratus daripada penggunaan bahan api jet global.
Nasaruddin berkata, kumpulannya akan memberi tumpuan kepada pembaharuan armada pesawat serta penggunaan SAF sebagai sebahagian daripada komitmen mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia Airlines sedang memodenkan armadanya menerusi tempahan 40 pesawat Airbus A330neo yang cekap bahan api dan 55 pesawat Boeing 737 MAX.
Beliau berkata, walaupun keputusan mengenai cukai hijau terletak di tangan kerajaan, pihak pengawal selia, pembekal bahan api dan syarikat penerbangan perlu bekerjasama untuk mengurangkan kos SAF.
Beliau memberi amaran bahawa pemindahan keseluruhan kos itu kepada pengguna boleh menyebabkan perjalanan udara menjadi kurang menarik.
Katanya, kumpulan itu turut berdepan tekanan akibat kenaikan harga bahan api jet konvensional susulan perang Iran, selain mempunyai ruang terhad untuk memindahkan kenaikan kos berkenaan kepada pengguna melalui harga tiket.
Prinsip sama turut terpakai kepada SAF, dengan tahap kos yang boleh dipindahkan kepada penumpang bergantung pada harga bahan api berkenaan.
"Jika kosnya tidak terlalu tinggi, mungkin sebahagian lagi kos itu boleh dipindahkan kepada penumpang. Jika kosnya terlalu tinggi, kami tidak akan mampu berbuat demikian," katanya.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan kenaikan harga tiket selanjutnya.
-BERNAMA-AP
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian16:48
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.