Malaysian Attention Engine
Live wire
55Nazir Hussin dipanggil semula ke SPRM50General : Negeri Sembilan JPJ Seizes Four Luxury Cars Driven By Unlicensed Foreigners46Pusat peranginan terbiar jadi markas sindiket penipuan dalam talian44World : Hackers Target Over 100 Azerbaijani Government Domains43Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan saman fitnah Saifuddin terhadap Sanusi42Indonesia’s haze spikes Singapore pollution, shuts East Timor schools42General : Azrin Khairi Installed As 17th Undang Of Jelebu3929 individu ditahan promosi, sebar dakyah pertubuhan haram39Stay on and continue your duties, Anwar urges Loke37General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia37Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar36Malaysia sasar 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Syarikat semikonduktor tempatan perlu perkukuh rantaian nilai, kata Tengku Zafrul

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 16:27 MYTLatest activity 14 Oct, 16:27BMconfidence 60%

What happened

Ekosistem semikonduktor tempatan sudah agak matang, namun negara perlu perkukuh kedudukan dalam rantaian nilai global, kata Pengerusi Mida Tengku Zafrul Abdul Aziz. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global. (Free Malaysia Today, 16:27)

Read the reporting

1 report
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Syarikat semikonduktor tempatan perlu perkukuh rantaian nilai, kata Tengku Zafrul

By Bernama · 14 Oct, 16:27 MYT

Ekosistem semikonduktor tempatan sudah agak matang, namun negara perlu perkukuh kedudukan dalam rantaian nilai global, kata Pengerusi Mida Tengku Zafrul Abdul Aziz. (Gambar Envato Elements) KUALA LUMPUR: Syarikat semikonduktor tempatan perlu menterjemahkan peruntukan Belanjawan 2027 dengan lebih banyak terlibat dalam aktiviti bernilai lebih tinggi seperti reka bentuk litar bersepadu (IC) ketika Malaysia berusaha mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan semikonduktor global.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia telah membangunkan ekosistem semikonduktor yang matang sejak lebih lima dekad lepas, namun negara perlu melangkah melangkaui kekuatan tradisinya dalam bidang pemasangan dan pengujian bagi meraih nilai yang lebih besar daripada industri tersebut.

"Kita mempunyai syarikat Malaysia yang sudahpun menjadi peneraju global dan berintegrasi dalam rantaian nilai global, namun kita perlu melihat lebih banyak lagi.

“Ekosistemnya sudah agak matang, tetapi kita perlu memperkukuh kedudukan kita dalam rantaian nilai tersebut," katanya dalam temu bual mengenai Belanjawan 2027 yang disiarkan menerusi program The Nation Bernama TV, hari ini.

Menerusi Belanjawan 2027, Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur sebanyak RM1.2 bilion untuk menyokong syarikat semikonduktor tempatan bergerak ke segmen industri bernilai lebih tinggi.

Belanjawan itu juga menyediakan Dana Pelaburan Strategik bernilai RM100 juta yang akan diwujudkan oleh Khazanah Nasional Bhd dan InvestPenang bagi menyokong syarikat semikonduktor dan pembuatan termaju pada peringkat awal.

Tengku Zafrul berkata, langkah-langkah tersebut akan membantu syarikat Malaysia memperkukuh keupayaan mereka dan melangkah lebih jauh ke dalam rantaian nilai.

Katanya, pelaburan seharusnya menjana limpahan ekonomi yang lebih meluas dengan memperkukuh rantaian bekalan tempatan dan mewujudkan peluang bagi perniagaan domestik.

"Jika kita bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai ini, kita perlu memastikan Malaysia benar-benar meneliti peluang (seperti) bagaimana kita boleh lebih banyak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi," katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan bukan sahaja perlu menumpukan perhatian untuk menarik pelaburan, malah memastikan projek yang diluluskan dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang sewajarnya.

Tengku Zafrul berkata, proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan yang berkaitan masih menjadi pertimbangan penting bagi pelabur, dengan kepantasan pelaksanaan berbeza-beza mengikut sektor.

"Projek pelaburan, khususnya dalam sektor pembuatan, boleh mengambil masa kira-kira dua tahun daripada peringkat pecah tanah hinggalah kepada siapnya kilang, bergantung pada industri," katanya.

Mengenai isu gaji, beliau berpendapat syarikat harus menterjemahkan peningkatan produktiviti kepada gaji yang lebih tinggi bagi pekerja untuk memastikan pertumbuhan ekonomi membawa taraf hidup yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

"Saya sememangnya menyokong usaha memastikan gaji meningkat selaras dengan produktiviti," katanya menambah, syarikat yang mencatatkan keuntungan lebih tinggi hasil daripada peningkatan kecekapan dan produktiviti perlu berkongsi keuntungan tersebut dengan pekerja mereka.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 30NEWnow18:00
Latest 18:11 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
14 Oct, 16:27 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    16:27

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.