
'Syukur mak positif, terus semangat walaupun kesihatan merosot' - Shiha Zikir
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Syukur mak positif, terus semangat walaupun kesihatan merosot' - Shiha Zikir (Harian Metro, 13:10)
Read the reporting
1 report
'Syukur mak positif, terus semangat walaupun kesihatan merosot' - Shiha Zikir
mohamadridzuan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Penyanyi, Shiha Zikir memaklumkan keadaan kesihatan ibunya, Rohana Ibrahim, 68, semakin merosot sekali gus memerlukan pemerhatian yang penuh.
Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 38, berkata ibunya dibenarkan pulang, baru-baru ini selepas mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Menurutnya, pada masa sama dia juga belum bersedia berkongsi secara terperinci mengenai penyakit ibunya.
"Keadaan kesihatan mak ketika ini memerlukan saya untuk memberikan fokus kepadanya. Saya tak nak kongsi (status penyakit) sebab tak mahu mak diganggu.
"Saya tak nak mak dihubungi ramai orang sekali gus membuatkan dia rasa tak selamat. Buat masa ini biar keluarga saja yang tahu.
"Tetapi apa yang boleh saya katakan adalah keputusan itu agak mengejutkan saya, tapi dalam masa sama saya sangat bersyukur kerana mak sangat positif," katanya.
Penyanyi lagu Minta Ampun ini bagaimanapun lega dengan sikap positif ibunya sekali gus membuatkan dirinya bersemangat untuk melawan ujian terbabit bersama-sama.
"Luluh hati saya, sangat terkejut dan pastinya saya menangis sebab saya terkejut sangat. Satu perkara yang saya tak sangka berlaku macam itu saja.
"Tapi apa yang saya boleh dikatakan ialah saya sangat bersyukur apabila dikurniakan seorang mak yang sangat positif dan kuat sekali gus turut membuatkan saya bersemangat.
"Alhamdulillah, sekarang ini saya dalam fasa untuk menjaga kesihatan dan mental mak. Saya nak dia gembira sepanjang tempoh rawatan dijalankan. Saya harap sangat mak akan terus diberikan kekuatan dan kesihatan mental yang stabil," katanya lagi.
Ditanya berkenaan pembahagian masa antara kerjaya dan penjagaan ibu, Shiha bersyukur kerana mempunyai adik-beradik lain yang menjadi sumber sokongan buatnya.
Menurutnya, mereka sekeluarga akan bergilir-gilir menjaga ibu bagi memastikan kebajikan dan keperluannya sentiasa terjaga.
"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana mempunyai adik-beradik yang boleh membahagikan masa untuk menjaga mak.
"Mak juga seorang yang sangat positif dan sentiasa memberi semangat buat saya untuk meneruskan kerjaya dan sekarang ini pada saya hanya satu iaitu saya perlu kerja keras untuk mak.
"Saya akan kerja keras dan pastikan mak dalam keadaan yang selesa," katanya.
Terdahulu, Shiha menarik perhatian apabila berkongsi di media sosial mengenai keadaan kesihatan ibunya yang dirawat di hospital.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:10
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.